
Oleh Azhar Ghazali
FB : www.facebook.com/im.azharghazali
Kalah Untuk Matang
Alhamdulillah selesai sudah PRU 13 dengan menyaksikan pertambahan kerusi Parlimen di pihak Pakatan Rakyat. Parti Islam Semalaysia (Pas) telah menunjukkan prestasi yang baik dengan penguasaan di beberapa kerusi dun dan parlimen seluruh Malaysia. Meskipun begitu, sebagai anak Kedah tentu sukar bagi menerima kenyataan bahawa Kedah beralih tampuk pimpinan.
Manifesto Pakatan Rakyat PRU13
Bukan sedih kerana hilang kuasa memerintah. Tapi sedih bila memikirkan agenda pembangunan pendidikan yang direncana oleh kerajaan Pas sebelum ini. Adakah akan diteruskan atau sebaliknya. Lazimnya tiada lagi perjalanan itu kerana lain driver...