Saturday, January 28, 2012

MARTABAT ORANG YANG BERPUASA

Oleh
Azhar Ghazali
FB : www.facebook.com/im.azharghazali

Martabat Orang Yang Berpuasa

Orang yang berpuasa ada tiga martabat:

Martabat pertama : puasa orang awam. Yakni puasa orang biasa iaitu meningalkan makan, minum, jimak, dan menjaga daripada segala perkara yang membatalkan puasa.

Martabat kedua : puasa orang pilihan. Yakni puasa orang soleh dan orang yang bertakwa, iaitu menahan diri dari perkara-perkara yang disebut pada martabat yang pertama. Dan menahan segala anggotanya daripada berbuat maksiat dan daripada berbuat perkara yang sia-sia yang tidak memberi manfaat untuk kehidupan akhirat.

Lima perkara yang membatalkan pahala puasa:
1.Berbohong. 
2.Mengumpat. 
3.Mempelagakan orang (batu api pergaduhan). 
4.Bersumpah dusta/palsu.
5.Melihat suatu dengan syahwat (keinginan).

Hasil kesempurnaan puasa itu tujuh perkara;

1.Menjaga mata daripada melihat perkara yang haram, makruh, dan yang harus  tetapi melalaikan hati daripada mengingati Allah.

2. Menjaga lidah daripada perkataan yang haram, makruh dan yang sia-sia serta tiada manfaat di akhirat.

3. Memelihara telinga dari mendengar yang haram, yang makruh, dan yang sia-sia serta tiada manfaat diakhirat.

4. Memelihara tangan dan kaki dari melakukan sesuatu atau berjalan untuk perkara haram, makruh dan sia-sia.

5. Memelihara perut, ketika berbuka dan makan sahur daripada makanan yang haram, syubhah, makruh, dan makan berlebih-lebihan. Kerana tiada faedah menahan diri daripada makan dan minum pada siang hari sedangkan pada ketika berbuka dan bersahur perut diisi dengan makanan/minuman haram atau syubhah.

6. Mengurangkan makan ketika berbuka dan berbuka dengan makanan yang halal.

7. Selepas berbuka, letakkan perasaan raja dan khauf di dalam hati yakni harap Allah menerima puasa, dan takut Allah tidak menerima puasa.

Martabat ketiga : Puasa orang pilihan daripada yang terpilih. Yakni puasa orang yang hampir kepada tuhan (segi martabat, bukannya jasad) dan puasa orang yang benar-benar mengenal Allah (a’rif billah). Mereka itu menjauhkan keinginan dunia dari bersarang dalam hatinya dan memikirkannya. Mengosongkan hati dari perkara yang lain dari Allah. Mereka itu sentiasa musyahadah kepada Allah yakni sentiasa melihat Allah dengan mata hati. Ini martabat para nabi dan wali-wali Allah. والله اعلم

Thursday, January 26, 2012

ILMU SEBAB PERPECAHAN

Oleh
Azhar Ghazali

Ilmu Sebab Perpecahan


Warna-warni kehidupan beragama hari ini bermacam rencah dan rasa. Kronologi yang subjektif memberi gambaran luasnya ilmu Islam. Kesempurnaan agama ilmu ini tidak dapat dinafikan sesiapa. Hatta tokoh pemikir barat juga mengakuinya. Dengan lautan ilmu dan monopoli pengetahuan di kalangan ilmuan Islam juga menjadi sebab Islam dijatuhkan. Kitab, manuskrip dan sumber-sumber ilmiah dirompak musuh dan diaplikasikan di negara mereka.

Terlalu banyak kesan kekayaan ilmu Islam yang merubah umatnya. Berubah dari biasa kepada martabat meninggi. Saingan di kalangan ulama juga turut terkesan pada umat. Dewasa kini, kesan ilmu tetap merombak pemikiran masyarakat. Ini kerana ia ilmu. Ilmu yang merubah apa saja. Tetapi yang diamanahkan ilmu dialah moderatornya. Ulama, dengan ilmu yang ada padanya, menjadi pemacu gaya hidup masyarakat dari segi ibadah, pegangan keyakinan, budaya kehidupan dan pemikiran.

 Dalam lipatan ilmu ini, adakala kesannya membuahkan perpecahan, pergaduhan, saling salah menyalah dan lebih kritikal membuat tuduhan sesat serta kafir. Ia berlaku bila mana sesuatu pihak memaksa pihak yang lain untuk mengikut cara pemikiran, amalan dan pegangannya. Jika tidak, maka terimalah akibatnya.

Sedihnya, golongan ilmuan yang sepatutnya membantu menyelesaikan kekeliruan dan kejahilan dalam masyarakat menjadi sebabnya. Menghabiskan masa yang banyak untuk membahaskan perkara-perkara furu’ (cabang/ranting) agama hingga terabai yang lebih penting diperbahaskan. Hal pokok dan asas prinsip agama dibiar tanpa hala tuju. Jika dibahas hanyalah ala kadar. Hal yang menjadi khilafiah (pendapat yang pelbagai), dibahas dan diketengahkan sehabis mungkin. Tidak akan berhenti membahas walaupun sudah temui jawapan atau hujah yang membolehkan. Tetap tidak akan berhenti. Sehinggalah merasa dirinya telah menang.

Kesannya adalah umat. Bagi pak alim, ia tidak menjadi masalah. Tetapi bagi si muda yang baru berjinak dengan agama, mengenal budaya dan kemurnian agama. Terus terkejut dan tidak mempu berfikir dengan ilmu sejengkalnya. Ini memberi perspektif bahawa Islam yang syumul ini telah dicemari. Kerana si muda tidak arif soal furu’, khilafiyah, ijma’(persepakatan ulama) dan qias. Ini mengelirukannya.

Sebagai contoh amalan bertahlil, bertalqin. Pernah diperbahaskan hinggalah ulama yang mempertahankannya membawa datang hujah-hujah yang menyokong harusnya amalan ini. Barulah terdiam seketika. Jika sebelum itu hangat hingga peringkat bid’ad membid’ah, sesat menyesat. Perbalahan ilmu juga berlaku dalam penafsiran dan ta’wil ayat Al-Quran seperti maksud Allah mempunyai tempat duduknya, rupa tangan Allah dan banyak lagi.

Soalnya mengapa diperjuangkan perkara furu’ dan khilafiyah. Ulama mengenengahkan amalan membaca yaasin malam jumaat, wirid, doa lepas solat, tawasul dan sebagainya. Tidak bermasalah bahkan sangat baik dengan bersumberkan pengetahuan al-Quran dan sunnah. Dan tiada larangan melakukannya. Isu tahlil, langsung jelas apa terkandung dalam kaifiat (kaedah melakukannya) tidak ada unsur-unsur yang samar. Ianya bait-bait dari al-Quran, selawat, zikir dan doa yang dimodulkan. Hadiah dari ulama buat masyarakat sebagai rutin yang mulia.

 Alasan untuk membid’ahkan tahlil adalah kerana menyediakan jamuan. Adalah salah? Soal jamuan bukan sebab untuk mengharamkan atau membid’ahkan amalan tahlil. Makan itu adalah ihsan tuan rumah. Ianya soal yang lain. Jika majlis tahlil tanpa jamuan, juga tidak bermasalah. Bahkan kerap saja kita menghadiri tahlil, bacaan yaasin dan majlis seumpamanya tanpa jamuan.

Sebenarnya amalan-amalan tersebut jelas dan tidak bermasalah. Kerana apa? Kerana yang mendasari amalan tersebut adalah ulama. Ulama yang mewarisi kerja nabi. Ulama adalah orang yang berpengetahuan. Pengetahuan yang bersumberkan al-Quran dan Sunnah. Ia diindahkan lagi dengan sokongan, pendapat dan kaedah syariah.  Maka tidak wajar menyalahkan ulama hanya kerana ia tidak sependapat dengan kita atau guru kita. Maka senang-senang kita membid’ahkan ulama.

Sebaliknya mestilah bersikap terbuka. Meraikan pendapat selagi ia tidak terang-terang bertentangan dengan syariah. Dan tidak ada hujah langsung dalam pelaksanaannya. Jika ianya salah, syirik dan ternyata tidak ada hujah yang menyokongnya maka wajib diperangi.

       Namun ia tetap boleh ditangani, diubah dengan menggunakan pendekatan ilmu dan dakwah tersendiri. Dengan kaedah menyucikan amalan itu dari unsur-unsur yang salah dan sesat. Maka ia menjadi harus. Maksudnya bukan semua perkara itu terus dianggap sesat bila ada secalit kekotoron yang ternyata boleh dicuci. Jadilah ilmuan yang membantu, bukan membuntu. Tidak menunjuk tapi hanya mencari salah pihak yang lain dan mengatakan hanya dirinya yang betul.

Hilangkan keegoan untuk memaksa sesiapa sahaja mengikut pendapat sendiri. Akhirnya orang awam menjadi keliru. Ustaz ini kata ustaz itu salah, Ustaz itu kata ustaz ini salah. Keliru dan akhirnya terus berada dalam kejahilan. Bagi yang taksub, maka ia mewarisi gurunya dalam melakukan perpecahan beralasankan perkara yang furu’.

Islam itu indah. Indah dengan ilmunya. Ilmunya menjadi penyelamat umat. Dan dengan ilmunya juga golongan penguasa ilmu memacu kekuatan umat bukan 'perpecahan' umat.

Monday, January 16, 2012

TOK SYEIKH DAUD AL-FATHANI

Oleh
Azhar Ghazali

TOKOH ULAMA NUSANTARA

Tok Syeikh Daud al-Fathani

Nama sebenarnya ialah Daud bin Abdullah bin Idris al-Jawi al-Fathani al-Malayuwi yang lebih  dikenali dengan panggilan Tok Sheikh Daud Fathani. Dilahirkan di Kampung Parit Marhum di selatan bandar Fathani pada tahun 1183H/1769M (bulan dan harinya tidak dinyatakan)

Syeikh Daud al-Fathani
(1183H-1263H)
Beliau mendapat pendidikan awal di kampung tempat lahirnya. Ketika masih remaja beliau merantau ke Aceh untuk mendalami ilmu agama setelah beliau mendapat tahu di sana ramai para alim ulama yang terkenal dengan keilmuannya. Setelah dua tahun berada di Aceh beliau kembali semula ke tanah tumpah darahnya di Fathani. Tidak berapa lama selepas itu, ketika usianya menjangkau 18 tahun, beliau berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan ibadah haji.

Mengikut cerita ketika hendak berangkat pulang ke tanah air dengan kapal laut melalui Pelabuhan Jeddah setelah selesai mengerjakan ibadat haji, disebabkan sedikit kesilapan teknikal, beliau terkandas di pelabuhan dan tidak dapat berangkat pulang ke tanah airnya. Jesteru beliau membuat keputusan berpatah balik ke Makkah dan terus menetap di Makkah untuk mendalami lagi ilmu agama. Selama hampir 30 tahun di Makkah, beliau banyak menimba ilmu agama dan berguru dengan beberapa orang tokoh ulama yang ternama. Selepas itu beliau berpindah dan menetap pula di Madinah selama 5 tahun untuk mendalami lagi ilmu agamanya.
Setelah tamat pengajian dengan ilmu yang penuh di dada, beliau tidak terus kembali ke tanah airnya tetapi membuat keputusan untuk terus menetap di Makkah bagi menyebarkan ilmu pengetahuannya kepada umat Islam sejagat. Beliau menjadikan Masjil al-Haram sebagai tempat menyampaikan kuliah dan pengajarannya. Melalui beliau lahirlah tokoh-tokoh yang ternama, mahir dan arif dalam soal-soal agama.


Beliau sempat membeli sebidang tanah di Taif untuk membina sebuah rumah kediaman. Di akhir hayatnya beliau berpindah dan terus tinggal di Taif. Selain mengajar ilmu-ilmu agama, beliau juga banyak menghasilkan buku-buku ilmiah yang mahsyur dan masih diguna pakai hingga ke hari ini. Mengikut setengah cerita, beliau berjaya menghasilkan sebuah buku setiap tahun. Di samping itu beliau juga banyak menterjemah buku-buku dari bahasa Arab ke bahasa Melayu. Antaranya ialah kitab yang bernama Furu’ al-Masail.
Setelah menghabiskan sisa-sisa usianya berkhidmat kerana Allah, mengembangkan ilmu ke jalan Allah, akhirnya beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Taif pada hari Khamis tanggal 22 Rejab 1263H ketika usianya menjangkau hampir 80 tahun. Jenazahnya disemadikan berhampiran kubur Sayidina Abdullah bin Abbas iaitu sepupu Rasulullah SAW yang wafat pada tahun 68 Hijrah.

Reference by
- Furu' al- Masail (2010). Telaga Biru SDN. BHD.

Sunday, January 15, 2012

BANK SUSU IBU & MERCY KILLING

Source by
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
Published

Bank Susu Ibu & Mercy Killing

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan penubuhan bank susu ibu adalah haram. Ini kerana boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram.

Keputusan ini diambil dalam persidangan muzakarah ke-97 hujung tahun lalu. Dengan melihat kepada keperluan penubuhannya yang tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam keselamatan umat.

Sebelum ini berlaku perdebatan mengenai kewujudan komuniti, Human Milk For Human Baby (HM4HB). Rangkaian perkongsian susu ibu global yang mempunyai puluhan ribu penyokong di laman sosial Facebook dari lebih 54 negara dan kira-kira 900 daripadanya rakyat Malaysia.

Walaupun HM4HB bertujuan mencari ibu susuan bagi membantu bayi pra-matang dan ibu bermasalah untuk menyusui bayi mereka kerana menghidap pelbagai penyakit termasuk HIV.

Berikutan itu, ada pihak mencadangkan ditubuhkan bank susu bagi membolehkan keluarga yang memerlukan susu badan memperoleh bantuan secara lebih mudah.
Namun timbul kebimbangan umat Islam terutama hukum hakam berkaitan ibu susuan.

Dalam kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang disiarkan menerusi portal e-fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), perkara itu diputuskan selepas ahli panel muzakarah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah dan pandangan yang dikemukakan.

Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan, termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlu dielakkan.

Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkait rapat dengan syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat ditetapkan.

Bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, manakala ibu mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, muzakarah memutuskan adalah harus bagi ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu saling mengenali.

MERCY KILLING

Muzakarah juga memutuskan amalan eutanasia atau mercy killing, iaitu menghentikan hayat hidup seseorang sebelum disahkan meninggal adalah haram dan dilarang Islam.

Tugas seorang doktor ialah menolong pesakit dalam perkara kebaikan dan perbuatan membantu mempercepatkan kematian tidak termasuk dalam perkara kebaikan tetapi perkara yang dilarang dan berdosa.

Bagaimanapun, dalam keadaan di mana pakar perubatan mengesahkan jantung dan/atau otak pesakit berhenti berfungsi secara hakiki dan pesakit disahkan tidak ada harapan untuk hidup dan hanya bergantung kepada bantuan sokongan pernafasan, muzakarah memutuskan tindakan memberhentikan alat bantuan sokongan pernafasan adalah dibenarkan.

Begitu juga, dalam kes di mana pakar perubatan mengesahkan pesakit tiada harapan sembuh dan pesakit dibenar pulang, maka tindakan memberhentikan rawatan utama dan hanya rawatan sokongan diteruskan adalah dibenar Islam kerana keadaan seumpama ini tidak termasuk dalam amalan eutanasia atau mercy killing.

Muzakarah juga memutuskan dalam kaedah perubatan, mati otak (brain death) adalah dianggap sebagai suatu kematian apabila disahkan pakar dan adalah harus memberhentikan rawatan bantuan sokongan (contohnya penggunaan mesin ventilator) dengan persetujuan waris terdekat.

Wednesday, January 11, 2012

MALAYSIA BANKRUP?!

Written By Harakahdaily
Published
Azhar Ghazali

Malaysia Bankrup?!

Pengesahan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bahawa Malaysia akan bankrap menjelang 2019. Nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK telah meningkat setiap tahun dari 53.1% pada tahun 2010, 53.8% pada tahun 2011 hingga 54.8% pada tahun 2012.

Kadar hutang ini amat membimbangkan kerana sudah hampir mencecah siling hutang negara iaitu 55%.

Mengikut felo Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Mohd Ariff Abdul Kareem, sekiranya Kerajaan Persekutuan terus meminjam seperti sekarang, nisbah hutang kepada KNDK negara akan mencapai 100% ataupun menyamai KDNK menjelang tahun 2019.

Secara mutlak, hutang Kerajaan Persekutuan telah meningkat sebanyak 71% dalam tempoh 4 tahun kepada RM456 bilion pada akhir 2011 daripada RM266 bilion pada akhir 2007. 

Jika kadar peningkatan yang sama diteruskan, hutang negara akan meningkat kepada RM780 bilion pada tahun 2016 dan RM1,300 bilion pada tahun 2020.

Kadar pinjaman negara adalah jauh lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan ekonomi.

Data Laporan Tahunan Bank Negara 2010 yang mendedahkan bahawa hutang isi rumah Malaysia pada akhir 2010 berada di tahap RM581 bilion atau pun 76 peratus daripada KDNK, lantas “menobatkan” Malaysia sebagai negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di Asia selepas Korea Selatan.

Nisbah bayaran hutang isi rumah Malaysia berada di tahap 47.8 peratus pada tahun 2010, atau dalam erti kata lain, setengah daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk pembayaran hutang.

Bukan sahaja dibebani hutang piutang, tetapi kos barang-barang harian juga sedang melambung sementara pendapatan dan gaji tidak meningkat. Susu bayi pun telah naik harga sebanyak 50% baru-baru ini. 

Antara kos barangan harian yang meningkat adalah:

1. Gula: RM1.45/kg (Jan 2010) kepada RM2.30 (Mei 2011) – 58% dalam 18 bulan.

2. Telur: Gred B RM9/30biji (Sep 2010) kepada RM10/30biji (sekarang).

3. Tarif Elektrik: kenaikan purata 7.12% pada bulan Jun 2011.

4. Teh Tarik dan Kopi Susu: Kenaikan RM0.10 hingga RM0.20 (9.1% hingga 18.2%).

5. Roti Gardenia: Kenaikan 5-14% (2011).

6. Cukai Perkhidmatan: Kenaikan 1% (cukai tambahan RM720 juta untuk Kerajaan Persekutuan).

7. Bawang: Kenaikan 17% (Dis 2010).

8. Milo: Kenaikan 5% pada suku pertama 2011, 4% pada setengah tahun kedua 2011.

9. Nescafe: Kenaikan 6% pada setengah tahun kedua 2011, di mana harga sudah >RM20/300gm.

10. Semua makanan kegemaran ramai seperti roti canai, char koay teow dan nasi kandar makin kecil bahagiannya walaupun harga tetap sama.


Oleh itu, atur perbelanjaan dan tabungan dengan bijak. Elakkan pembaziran dan Islam sangat menekankan soal menhindari pembaziran.

Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. [al-Isra' : 27]

Monday, January 9, 2012

"AE LE MU" (LUGHAT ORANG BALING)

Oleh
Azhar Ghazali
FB : www.facebook.com/im.azharghazali

“Ae le mu…” (lughat orang Baling)

Kalau kita semua ni sedar pasal sementaranye dunia ni. Ingat sokmo nak mati macam ingat nak bertwitter ke berfacebook. Asal dapat wifi jer terus chatting. Memang sah-sah la takde yang suka melepak, kecoh reramai. Bergalak habiskan masa. Seqhonok tak kira sapa. Confirm takdak punya.

Bro-bro keje fulltimekan detik muda dengan ibadah. Improve diri dengan ilmu. Davelop business yang ada saham untuk umat etc. Semua nak jadi pemuda terbaik.. Bukan takat baik dunia, baik akhirat pastinya.

Nak join geng yang dilindung di hari akhirat. Rasulullah saw bersabda: Tujuh orang yang akan dilindungi Allah dalam naungan-Nya yaitu:

1.    Imam (pemimpin) yang adil
2.    Pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah
3.    Orang yang hatinya selalu terikat pada masjid
4.    Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5.    Seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata “Aku takut kepada Allah.”
6.    Orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya.
7.    Seorang yang berzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya.”
[HR. Bukhari Muslim]

Salah seorang tu pemuda yang mengabdikan diri (beribadah) kepada Allah. So kita kena faham maksud ibadah kat sini bukan hanya ibadah khusus. Just atas sejadah. Dalam masjid. Waktu pula kena time 2/3 malam. Ibadah takde masa spesific keyh.

Ibadah macam-macam bentuk, cara, masa dan tempat. Asalkan menuju redha Allah.
Contoh : Neutralkan lifestyle remaja sekarang. Aktiviti motor atau rempit. Sure kita pikiaq tu amalan tak baik. Tak mulia n ngundang kemurkaan sang pencipta alam.

Mat rempit ni boleh dikata macam bunuh diri. Dalam erti kata lain, bukan malaikat maut cari dia, tapi dia cari malaikat maut. Lumba haram. Show aksi hilang nyawa. Bajet good2 n etc.

Apa yang saya nak kata tentang neutral ialah perkataan yang sama “rempit”. Tapi boleh tukar jadi positif extra mulia. For example merempit ke masjid. Wheelie-kang (angkat tayar belakang) nak gi kuliah. Still looks bad but ada usaha positif di situ. Kan?

Actually, ibadah ni sangat luas. Setiap masa boleh buat. Bergantung pada cara kita mengaplikasikannya.

In our context as remaja dan pelajar, ruang ibadah cukup besar. Pakej mantap yang tak disedar. Allah tawarkan darjat sape yang ibadah by belajar jer.
“…. Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan memberikan darjat kepada orang-orang yang berilmu”.
[al-Mujadalah : 11]
Ibnu Abbas menjelaskan tentang darjat yang Allah kurnia kepada orang berilmu sebanyak 700 darjat. Jarak satu ke satu darjat umpama 500 tahun perjalanan. Seperti jarak langit dan bumi. Pergh!!

Dari Abu Hurairah dan Abi Dzar r.a. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Apabila seseorang itu datang untuk menuntut ilmu, kemudian dia meninggal dunia, maka dia telah mati syahid”. Walaupun ulama meletakkan ia mertabat syahid kecil, bukan syahid besar seperti terkorban dalam peperangan di jalan Allah. Tapi dia tetap syahid. Dan hanya dengan belajar dia dapat kelebihan syahid tu.

Soalnya mengapa ilmu? Ilmu umpama peta yang guide hala tuju insan.  Without ilmu, amalan boleh melencong, salah dan tak diaccept Allah.
Kata Saiyidina Ali, “Ilmu itu mengawal (memelihara) diri pemiliknya”.

Ilmu memimpin ibadah to correct dan teratur. Sabda Rasulullah, “Tidur seorang yang berilmu itu lebih afdhal (baik & utama) berbanding ibadah orang yang jahil”.

So sokmo upgrade ourselves dengan knowledge especially akidah, fiqh or ape aja asal fardhu ain. Kifayah top-up nye.

Friday, January 6, 2012

SALAH BERITA.. DOSA PEMBERITA..

Oleh
Azhar Ghazali
FB : www.facebook.com/im.azharghazali

Salah berita.. Dosa pemberita..

Pagi-pagi dah dengar abg Maher karok, "Alhamdulillah.. Alhamdulillah.." Rancak lagi melantak roti pelanta sama kopi spyHRu. Suasana biasa pagi2 kat Jalan Ipoh. Sebelum masuk kerja, perut kena taruk penuh. Baru rasa tertunai kewajipan pd diri. Kendian tunai pulak kewajipan pd negara, agama dan bangsa.

Sambil tunggu order, telinga ni x kering dengan suara bro-bro meja sebelah. Aneka tajuk jadi santapan pagi tu. Ada yang sampai tinggi suara. Ada yang sampai takda peluang bercakap. Ada yang hanya melayan. Cukup dengan anggukan dan expresion muka. Dah menghangatkan diskusi meja petak pagi tu.



Rutin ini bukan hanya di KL. Di mana-mana pun sama. Menjadi kemestian sesape pun mendapatkan info kullu sobah. Samada membaca, gebang tak pon nonton. Yang pasti info mmg tak boleh pisah dgn kehidupan.



Soalnya, adakah info yg dipungut itu benar tulin dan meyakinkan. Bebas dari fitnah, provok dan gimik semata-mata. Inilah tanggungjawab media. Memacu pemikiran masyarakat. Dalam Islam, soal kesahihan sesuatu khabar mestilah jelas. Tiada tokok tambah utk menyedapkan berita. Tiada unsur putar belit bertujuan menjatuhkan pihak yg dibenci. Jika tidak bebas dari kudis ini, maka Islam tidak mengiktirafnya.

Islam meletakkan garis media yang sempurna. Selidik maklumat dan asal usul sesuatu berita. "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki kebenarannya supaya kamu tidak menyampaikan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan." [al- Hujarat:6]

Maklumat yang dusta menyebabkan perpecahan. Mengundang perbalahan, pergaduhan, kehancuran dan sebagainya. Semua itu merugikan umat. Media, bebaslah dari belenggu. Pagar mencengkam kebenaran. Memisah umat dari ketelusan. Gula-gula tidak mampu menutup haq.

Bagi penjunjung khabar berita. Elakkan  menjadi penyambung fitnah dan dusta. Dosa kering yang tak disedar. Selagi hidup api fitnah dan khabar perpecahan selagi itu dosa memberat di bahu kiri.

"..sesiapa yang membuat (mengajarkan) perkara baik, baginya ganjaran dan ganjaran orang yang mengikutnya sedangkan tidak dikurangkan sedikitpun ganjaran orang yang mengikutnya. Dan barang siapa yang membuat (mengajarkan) perkara keburukan, baginya dosa dan dosa orang yang mengikutnya sedangkan tidak dikurangkan sedikitpun dosa orang yang mengikutnya.." [Riwayat Muslim dalam kitabnya, Sahih muslim]

Salam hari kebebasan media sedunia… (walaupun hanya pada 3 Mei disambut, tapi kebebasannya tidak bertarikh)

Tuesday, January 3, 2012

SI KAYA & PENDAYUNG SAMPAN

Oleh
Azhar Ghazali
FB : www.facebook.com/im.azharghazali

CERITA : Si Kaya & Pendayung Sampan

Si kaya nak menyeberangi sebatang sungai. Tapi takde titi kat situ. Yang ada hanya sebuah sampan kecil milik si miskin. Si kaya tiada pilihan. Mahu tak mahu kena juga naik sampan. Si kaya naik sampan dan si miskin pendayungnya. Perlahan meninggalkan tebing sungai. Si kaya bergaya kerek merenung si pendayung.
Gambaq Make-up

Si kaya :   Selain sampan yang buruk ini, apa lagi kenderaan yang kau ada?

Pendayung :   Hanya sampan ini yang saya ada.

Si kaya :   Rugilah kau kerana tak seperti aku. Aku ada kereta mewah. Rumah besar. Ke seberang ni pun sebab nak tengok kebun yang akan aku beli.

Pendayung diam tak terkata. Mengenang nasibnya dengan sampan buruk yang menanti karam. Mendayung perlahan sampai ke tengah sungai. Tiba-tiba satu tampalan lubang di perut sampan tercabut. Air masuk laju memenuhi sampan. Si pendayung tak sempat nak buat apa-apa.

Pendayung :   Selain pandai memandu kereta mewah, adakah tuan juga pandai berenang?

Si kaya :   Tidak. Aku tidak tahu berenang.

Pendayung :   Rugilah tuan kerana tak seperti saya. Saya pandai berenang. Dan sekarang saya dapat menyelamatkan diri dari lemas.

Moral of the story is usah memandang rendah pada sesiapa. Setiap orang ada kelebihan yang tersendiri.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | ewa network review