Profile



Muhammad Khairul Azhar bin Ghazali @imammudaazhar dilahirkan di Pokok Sena, Kedah pada tanggal 12 September 1989. Mendapat pendidikan awal di Taski ABIM, Pengkalan Hulu, Perak [1995] dan di Sek Keb Tembak, Kuala Ketil [1996-2001]. Meneroka bidang penghafazan al-Quran dan Tarbiah Islamiah di beberapa ma'had, berakhir di Madrasah Nurul Islamiah, Charok Bakap [2002-2006]. Kemudian meneruskan pengajian Islam sistem zawiyah di Madrasah Zuhdiah, thanawiah di Madrasah Misbah Al-Falah dan Dakwah di bawah seliaan IAIN [2006-2010]. 

Beliau juga sedang membangun dan mengurus institusi pengajian ala 'taman istirehat' dinamakan Teratak Ilmu Hj Abd Majid di Kg. Guar Tinggi, Kuala Ketil, Kedah khas untuk semua lapisan masyarakat. 

Di samping itu beliau diamanahkan sebagai Pengerusi Kelab Remaja Teratak Ilmu dan penasihat syariah beberapa agensi perniagaan dan juga dakwah seperti syarikat Anugerah dan Ghuraba Production.

Merupakan salah seorang Imam Muda 2010, Pengacara Khabar Haji musim ke 2 & 3 dan Pengacara Jemputan Umrah di saluran Astro Oasis. Selain itu, beliau juga berpeluang menimba pengalaman dari saluran lain seperti RTM, Al-Hijrah, TV3 dan radio seperti IKIM, Nasional dan lain-lain sebagai pengacara wawancara, dokumentari dan mengisi slot undangan khas. 

Dengan sedikit ilmu dan kudrat yang Allah pinjamkan, beliau berkongsi ilmu dan pandangan di seluruh tanah air serta diundang ke beberapa buah negara seperti Dubai, Australia, Turki, Arab Saudi, United Kingdom dan lain-lain untuk mencari dan memberi ilmu.

Kini masih bertalaqqi di madrasah-madrasah bersama guru2 serta menyiapkan penyelidikan bidang Dakwah wal Imamah.

Dalam perniagaan pula beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Mahabbah Management & Trading dan Teratak Progresif Sdn Bhd (2012-sekarang) yang menyediakan perkhidmatan :
1. Trading (jualan)
2. Training & Islamic event (program motivasi, ilmiah dan majlis)
3. Multimedia (Rakam, Edit dan Kelas Multimedia)
4. Travel (Pelancongan, Umrah)

Keutamaan: 
• Menuntut ilmu & mencintai ulama amilin
• Memartabatkan kitab turath (jawi/arab)
• Membawa prinsip "Sibukkan Ummah Dengan Ilmu."


Perhubungan : +6019 4955800
Email : teratakprogresif@yahoo.com

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | ewa network review