Oleh
Azhar Ghazali
Azhar Ghazali
TOKOH
ULAMA NUSANTARA
Tok Syeikh Daud al-Fathani
Nama sebenarnya ialah
Daud bin Abdullah bin Idris al-Jawi al-Fathani al-Malayuwi yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Sheikh
Daud Fathani. Dilahirkan di Kampung Parit Marhum di selatan bandar Fathani pada
tahun 1183H/1769M (bulan dan harinya tidak dinyatakan)
![]() |
Syeikh Daud al-Fathani (1183H-1263H) |
Mengikut cerita ketika
hendak berangkat pulang ke tanah air dengan kapal laut melalui Pelabuhan Jeddah
setelah selesai mengerjakan ibadat haji, disebabkan sedikit kesilapan teknikal,
beliau terkandas di pelabuhan dan tidak dapat berangkat pulang ke tanah airnya.
Jesteru beliau membuat keputusan berpatah balik ke Makkah dan terus menetap di
Makkah untuk mendalami lagi ilmu agama. Selama hampir 30 tahun di Makkah,
beliau banyak menimba ilmu agama dan berguru dengan beberapa orang tokoh ulama
yang ternama. Selepas itu beliau berpindah dan menetap pula di Madinah selama 5
tahun untuk mendalami lagi ilmu agamanya.
Setelah tamat pengajian
dengan ilmu yang penuh di dada, beliau tidak terus kembali ke tanah airnya
tetapi membuat keputusan untuk terus menetap di Makkah bagi menyebarkan ilmu
pengetahuannya kepada umat Islam sejagat. Beliau menjadikan Masjil al-Haram
sebagai tempat menyampaikan kuliah dan pengajarannya. Melalui beliau lahirlah
tokoh-tokoh yang ternama, mahir dan arif dalam soal-soal agama.
Beliau sempat membeli sebidang tanah di Taif untuk membina sebuah rumah kediaman. Di akhir hayatnya beliau berpindah dan terus tinggal di Taif. Selain mengajar ilmu-ilmu agama, beliau juga banyak menghasilkan buku-buku ilmiah yang mahsyur dan masih diguna pakai hingga ke hari ini. Mengikut setengah cerita, beliau berjaya menghasilkan sebuah buku setiap tahun. Di samping itu beliau juga banyak menterjemah buku-buku dari bahasa Arab ke bahasa Melayu. Antaranya ialah kitab yang bernama Furu’ al-Masail.
Setelah menghabiskan
sisa-sisa usianya berkhidmat kerana Allah, mengembangkan ilmu ke jalan Allah,
akhirnya beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Taif
pada hari Khamis tanggal 22 Rejab 1263H ketika usianya menjangkau hampir 80
tahun. Jenazahnya disemadikan berhampiran kubur Sayidina Abdullah bin Abbas
iaitu sepupu Rasulullah SAW yang wafat pada tahun 68 Hijrah.
Reference by
- Furu' al- Masail (2010). Telaga Biru SDN. BHD.
Reference by
- Furu' al- Masail (2010). Telaga Biru SDN. BHD.
0 comments:
Post a Comment