Friday, December 30, 2011

ANDAI KU TAHU KAPAN TIBA AJALKU

Oleh
Azhar Ghazali
FB : www.facebook.com/im.azharghazali

Andai ku tahu, kapan tiba ajalku,
Ku akan memohon, tuhan tolong panjangkan umurku

         First time dengar lagu ni 3 tahun lepas, masa masuk program Kem Remaja Harapan di Kg. Raga, Yan bersebelahan dengan Gunung Jerai. Memang murah la air mata time tu. Mula tu memang dengar macam rock tapi cair gak bila hayati maksudnya. Rasa dekat sangat dah nak masuk kubur. Scary weh.

         Tadi dengar lagi lagu yang sama di sinar.fm masa dalam perjalanan nak ke PLKN di utara tanah air untuk penuhi jemputan sampaikan talk dengan peserta kem. Sempat berfikir, kalaulah mati sekarang apa yang nak di bawa jumpa Allah. Hairan, kenapa tak pernah nak bersedia untuk saat yang pasti. Semua pasti mati, cuma tak tahu bila.


         Dah sampai kem, jumpa la pegawai segak dengan uniform ala mat tempur. Terus masuk dewan dengan rasa bajet hot, smart suit melayu purple. Tengok anak dara tak berkelip biji mata. Dewan sunyi seminit. Dah habis agenda protokol, sampailah giliran slot bicara santai. Reaksi awal ok jer menandakan dorang dapat terima apa yang disampaikan. Sampai bahagian Q&A, ada sorang cikaro ni ke depan. Dia kasi soalan la pulak, “awat kami orang perempuan kena tutup aurat? Tak boleh ka kalau nak berfesyen, kata Islam tu tak memaksa tapi nak buat tu tak boleh, nak buat nie tak boleh”.
        
         Dengan rendah hati, menyusun tutur bicara. Gabra tetap ada, takut jawab tak tepati atau tak memuaskan hati audien yang nampak berminat nak tahu ulasan pasal tu. Ikutkan hati, nak ja jawab itu kewajipan yang dah Allah syariatkan kepada kita, kalau tak nak ikut memang neraka la tempatnya. Tapi itu bukan hikmah terutama suasana pada ketika itu belum sesuai dengan content berbentuk hukuman. Jadi terpaksa jawab dengan tidak melibatkan hukum syariat. Ok, dulu sebelum kedatangan Islam, wanita diletakkan di tempat yang sangat hina. Hanya sebagai hamba seks, hamba kerja dan lebih teruk lagi wanita menjadi bahan bunuhan kerana ideologi ketika itu yang beranggapan jika si ibu melahirkan anak perempuan, ia menjadi keaiban bagi sesebuah keluarga. Ini kerana mereka berpendapat wanita tidak mampu buat kerja berat seperti lelaki, tidak mampu berburu, tidak mampu berperang dan banyak lagi cercaan terhadap kaum hawa.

Islam itu datang dengan membawa rahmat, mengangkat martabat perempuan dengan caranya yang tersendiri. Antara cara Islam meninggikan darjat wanita melalui penganugerahan dua perisai kemuliaan utama buat wanita iaitu aurat dan had pergaulan. Aurat memainkan peranan dengan menutup bahagian tubuh wanita. Di setiap anggota tubuh seorang gadis itu pasti mengiurkan lelaki yang memandang. Maka aurat yang menjadi penghalang atau perisai dari mahram memandang tubuh wanita yang mahal membuatkan diri wanita menjadi mahal. Ia hanya boleh dilihat oleh orang tertentu samada keluarga atau suami. Sekali lagi diulang yang boleh melihat hatta menyentuh adalah suami, bukannya bakal suami.

Dengan aurat sahaja, wanita sudah berada di puncak kemuliaan. Lalu ditambah lagi dengan had pergaulan yang membuatkan diri wanita itu menjadi lebih ekslusif. Bukan senang-senang boleh bergaul dengan wanita kecuali dengan sebab tertentu yang membolehkan dan juga berada dalam keadaan yang terbuka. Pergaulan tertutup hanya khas buat keluarga dan suami sahaja, bukannya bakal suami. Maka gemparlah di seluruh arab ketika itu, jika sebelum ini mereka dapat melihat tubuh wanita kini tidak lagi. Sebelum ini dapat memegang atau menyentuh, kini tidak lagi. Sebelum ini mereka dapat bersama, berjumpa, berdua-duaan dan ada yang dapat tidur bersama tetapi kini tidak boleh lagi. Wanita itu hanya milik ahli keluarganya dan suaminya sahaja. Maka di situ diperlihatkan betapa martabat wanita itu menjulang tinggi. Mahal dirinya dan tidak lagi diletakkan di tempat yang hina.

Pendeknya, jika kedua-dua anugerah tadi dipelihara dengan penuh rasa bangga maka tinggilah martabat dirinya. Jika dilucutkan, maka hilanglah kemuliaan itu. Sabar memujuk diri untuk akur kepada perintah Allah untuk tempoh 10 ke 20 tahun sahaja di dunia ini sebelum kita kembali ke tampat asal kita di syurga insyaallah, buat selama-lamanya.

“Andai ku tahu kapan tiba masaku,
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku”

Wednesday, December 7, 2011

LENSA AZHAR

Oleh
Azhar Ghazali
FB : www.facebook.com/im.azharghazali

Lensa Azhar

Arafah
Blog ini mula dicreate di Mina, Makkah al-Mukarramah. Diasaskan atas tujuan nak menjadikan medium ini sebagai suara dan medan perbincangan antara pembaca, remaja khususnya. Namun medan ini bukanlah luas untuk dijadikan kolum perbincangan ilmiah yang detail serta serius. Semestinya akan diluaskan berdasarkan kemampuan dan pemikiran terdaya. Untuk respon dan kongsi pandang, saya menjadikan ruang interaksi bersama pembaca sebagai keutamaan. Akhirnya diharapkan usaha ini akan diredhai Allah swt dan dipermudahkan segala urusan yang baik. Amin ya rabb.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | ewa network review