Tuesday, February 21, 2012

BIDAAH AGAMA & BIDAAH DUNIA

Resources by
Mohd Al-Amin Bin Daud al-Azhari


Publish by
Azhar Ghazali
FB : www.facebook.com/im.azharghazali

Bidaah Agama dan Bidaah Dunia       

Sering kita tertanya soal kesucian amalan umat Islam yang telah menjadi tradisi sejak dulu. Seperti kenduri arwah, talqin, bacaan yasin malam jumaat, wirid/doa selepas solat, menyambut Maulid ar-Rasul dan lain-lain. Kita keliru kerana amalan ini sering dikembarkan dengan bid'ah dan dihighlightkan lagi dengan kesesatan. 

Kesannya, ia mengelirukan masyarakat. Timbul perbalahan, perpecahan dan masing-masing mengatakan pendapat dan sumber mereka paling sahih. Lebih teruk sampai tahap kafir-mengkafir.

Pokok masalah adalah faham dan salah faham bahasa sahaja. Makna bid'ah yang disalah tafsir, atau tafsirannya betul cuma tidak meluas. Lebih parah apabila timbul perasaan ego di kalangan ilmuan untuk akur atau meraikan pendapat ilmuan yang lain. 

Ada ilmuan mengambil sikap memaksa masyarakat mengikut pendapatnya sahaja kerana merasa hanya dirinya yang betul. Sedangkan kekayaan ilmu Islam meraikan khilaf (perselisihan pendapat ulama).

Pembahagian bid'ah dan di sudut bahasa
Penulis mengutarakan perbahasan bahasa pada perkataan bid'ah itu. Ada golongan yang menolak pembahagian bidaah hasanah dan bidaah sayyiah tetapi dalam masa yang sama membahagikan bidaah kepada dua. Bidaah agama dan bidaah dunia. 

Bidaah agama dan bidaah dunia ini tidak terdapat di dalam mana-mana hadis. Mereka menafikan pembahagian yang diklasifikasikan oleh para ulama’ muktabar dengan alasan tiada di dalam hadis namun mereka sendiri membuat pembahagian. 

Apakah bidaah dunia tidak terdapat hasanah (baik) dan sayyiah (buruk)? Pembahagian ini sangat bahaya seolah-olah mereka mengatakan bidaah dunia semuanya baik kerana tidak berkaitan dengan agama sedangkan kita tahu perkara-perkara duniawi juga tidak terlepas daripada pembahagian kepada baik dan buruk.

Mereka mengatakan bidaah hasanah yang dikatakan oleh Imam as-Syafie ialah bidaah pada bahasa. Sedangkan pada bahasa sudah terang lagi bersuluh bagi mereka yang mempelajari bahasa arab bahawa bidaah pada bahasa hanya merujuk kepada perkara yang sesat sahaja. 

Sebab itu Nabi SAW menyatakan kullu bid’atin dholalah kerana daripada sudut bahasa semua bidaah itu sesat adapun perkara baru yang bersifat agama mahupun dunia dan tidak bercanggah dengan umum syariat maka tidaklah dianggap bidaah yang menyesatkan. 

Disebut bidaah hasanah itu ialah untuk membezakan dengan bidaah sayyiah namun hakikatnya bidaah hasanah itu ialah sunnah hasanah. Seperti Nabi SAW membahagikan sunnah juga kepada hasanah dan juga sayyiah. 

Apakah ada sunnah yang buruk? Sudah tentu tidak tetapi penggunaan perkataan yang sama mengikut balaghah bahasa arab adalah untuk mencantikkan penggunaan dan perbezaan di antara keduanya.

Bidaah bukanlah suatu hukum di dalam menetapkan sesuatu perkara boleh atau tidak dilakukan. Kerana hukum yang ditetapkan oleh ijmak ulama’ hanya 5 yang dinamakan sebagai hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. 

Pecahan hukum dalam agama
Tidak ada yang dinamakan sebagai hukum bidaah. Maka setiap perkara yang bidaah (baru) perlu dihukumkan dengan 5 hukum taklifi waimma ia wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Bukan diborong secara memkhinzir buta. Seolah-olah semua bidaah adalah haram. 

Jika kaedah ini “semua bidaah adalah haram” yang digunakan maka pincanglah hukum dan rosaklah agama. Kerana setiap zaman akan wujud perkara-perkara yang baru yang belum di ada di zaman Nabi SAW. Maka perkara yang baru itu waimma ia bersifat agama mahupun dunia tidak akan terkeluar daripada 5 hukum yang telah dijelaskan di atas. 

Apabila konsep bidaah ditimbang dengan 5 hukum ini maka akan cantiklah agama dan jelaslah hukum dalam menentukan setiap perkara yang baru samada bersifat ibadah mahupun dunia. 

Apakah mereka mengira perkara baru yang bersifat dunia terlepas daripada 5 hukum ini? Sudah tentu tidak sama sekali. Maka tidaklah relevan membahagikan bidaah kepada bidaah agama dan bidaah dunia kerana pembahagian ini sebenarnya memakan diri mereka.

Tiada larangan maka harus
Setengah fahaman beranggapan melakukan perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi sahaja yang dianggap bidaah. Bagaimana dengan menegah atau melarang perkara yang Nabi SAW tidak melarangnya? Tidakkah ini dikira sebagai mengubah hukum yang asal HARUS kepada HARAM? 

Contoh Nabi SAW tidak pernah melarang daripada melakukan maulid. Tidak ada dalil yang menyatakan tegahan Nabi SAW secara jelas bahkan ada hadis riwayat Muslim yang jelas Nabi SAW menyambut kelahirannya dengan berpuasa. Maka tidak wajar kita menegah dan menyatakan ia sebagai bidaah yang menyesatkan sedangkan tidak pernah ditegah oleh Baginda SAW. 

Maka perlulah berhati-hati dalam menyatakan hukum sesuatu perkara. Ia boleh menjerumuskan si pekata pula yang melakukan perkara bidaah dan berdusta di atas nama Nabi SAW. Perlu difahami, untuk menghukumkan sesuatu itu haram perlulah ada nas daripada al-Quran dan al-Hadis yang menegahnya. Ini berdasarkan kaedah usul fiqh. 

Tegahan itu terbahagi kepada dua seperti yang terdapat di dalam ta’rif hukum samada tegahan secara putus maka hukumnya haram dan tegahan yang tidak putus maka hukumnya makruh. 

Adapun sesiapa yang mengambil hukum secara borong dengan menyatakan HARAM atau BIDAAH tanpa melihat kepada dilalah samada tegahan itu membawa hukum haram ataupun makruh maka ia membahayakan dirinya, mengelirukan masyarakat dan menyempitkan agama.

Sunday, February 19, 2012

OH NERAKA.. MURAHNYA MEMILIKIMU..

Oleh 
Azhar Ghazali
FB : www.facebook.com/im.azharghazali

Oh Neraka.. Murahnya memilikimu..

Sejak blog ni mula publish, boleh kata tiap-tiap hari buka tengok. Ya lah, nak juga tengok orang komen apa. Memang tu lumrah kite dak? Kalau tidak takde la facebook tu meletup debam debom. Coz ada post n komen. Setiap kali post pasti nak tengok orang komen ape. Pastu gelak sorang2. Lompat sorang2. Biasa la dak? haha. Aku ni takde la nengok komen. Saje semak2 balik apa yang tak kena n tak puas ke. Edit balik.

Ni dah dekat seminggu tak ushar blog. Sebabnya kena hijrah duduk hostel UKM. Exam untuk semester ni. Wau.. Dah dekat setahun kot tak pressure camni. Syukurlah, walaupun buku tak sempat nak ngadap sangat tapi soalan yang nek tu memang macam diramal. Cuma boleh jawab ke tak tu tunggu result ja la. Hak3.

Balik dari exam last paper tadi, sampai rumah baca surat khabar. Isu Facebook Penyokong Murtad di Malaysia n Singapore. Nampaknya tahap kebiadaban manusia dah mula melimpah. Kalau tanya kita, sah2 kita fire giler2 dak? Ada marah. Ada kata nak bunuh. Ada kata nak bakar. Macam-macam sumpah seranah keluar. Marah tol mamat-mamat ni.

Memang tulah tujuan depa buat facebook tu. Macam tu juga dengan isu-isu sebelum ni. Letak kepala babi di masjid/surau. Semuanya kerja mala'un. Maybe lain kes tu lain orang yang buat. Tapi matlamatnya sama. Provokasi untuk bangkitkan kemarahan kita. Memang pada hakikatnya sebagai umat Islam kita wajib membenci dan memerangi. Tapi ada ketikanya peperangan tidak hanya berbentuk kekerasan. Sedar tak sekarang kita tidak diadili. Ibarat perlawanan di atas padang yang tak sama rata.

Kini dunia meletakkan Islam sebagai agama keganasan. Padahal kita bukan pengganas. Kita cuma menuntut bela. Yang memulakan keganasan bukan kita. Kita hanya menyatakan bantahan. Negara Islam dijajah satu demi satu. Khazanahnya dirompak. Wanita Islam dibunuh. Anak kecil dijadikan sarang peluru. Si tua lemah dibom di atas sejadahnya. Pun tetap Islam dituduh pengganas.

Si Kafir tidak merugikan Allah

Jangan mereka sangka tohmahan tu menyakitkan Allah. Kekufuran dan tindakan murtad itu tak mengurangkan kuasa Allah. Teruskanlah murtad dan menghina nabi. Ia tetap tak merendahkan Allah. Tapi di kehidupan yang selama-lamanya nanti (akhirat), mereka akan memaki diri sendiri atas perbuatan di dunia ini. :) Hmm.. Malangnya penyesalan time tu tidak lagi berguna. Selamat bercuti ke hotel neraka. :P

Firman Allah swt :


A170






Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad s.a.w) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu. Dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi. Dan Allah sentiasa Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

[An-Nisa' 170]

Walau apapun yang mereka buat untuk menjatuhkan Islam tapi tidak akan memberi apa-apa kerugian pada Allah. Kita yang beriman telah dijanjikan syurga yang abadi. Kita tetap melawan tapi peperangan sekarang bukan dengan kekuatan dan senjata sahaja. Kita berperang di atas padang yang tak sama rata. Bila kita melawan kita dituduh pengganas.

Senjata lembut yang menghancur

Tak salah buat demonstrasi, hantar memorandum, laporan polis, ceramah, sidang akhbar dan macang-macang lagi. Tak salah. Tapi sampai bila nak macam tu. Setiap kali ada isu, kita bangun. Then senyap balik, tidur. Timbul pula isu baru, marah balik. Sampai bila nak marah. Musuh pun tertawa tengok kita. Suka betul dorang tengok gelagat kita. Dah sampai masanya kita buatkan musuh hilang akal. Gigit jari, sakit hati, merana, kalah, sengsara, takut tanpa perlu kita marah pun.

Satu gerakan yang sangat ditakuti musuh kita atur. Gerakan yang tidak ada ruang untuk musuh menuduh kita pengganas. Tetapi kekuatan gerakan ini lebih kuat dan hebat dari senjata keganasan. Bukan hanya membuatkan musuh binasa badannya, bahkan mereka tersiksa zahir dan batinnya melihat kita. Institusi ilmu adalah gerakan paling bisa.

Ilmu mentarbiah jiwa remaja mentauhidkan Allah. Memerangi kejahilan, nafsu, musuh manusia, syaitan dan iblis. Dengan institusi ini, ummah menjadi kuat. Semangat jihad membara. Tidak mampu disekat kebangkitannya lagi. Matlamat perjuangan terarah dengan tepat. Semuanya kerana Allah. Gejala murtad lenyap. Psikologi musuh dipatah dan diratah. Serangan sosial hanya disinis pemuda taqwa ini.

Perkasakan institusi ilmu. Muliakan ulama dengan memanfaatkan ilmu mereka. Hidupkan malam-malam di masjid dan surau dengan majlis ilmu. Keluarga bahagia yang berutinkan perbincangan Quran dan Hadith setiap malam. PIBG mendesak dasar pendidikan agama. Kelebihan KAFA diperkasakan lagi. Guru agama diberi mandat dan amanah. Organisasi ilmu ditubuh. Perbincangan demi perbincangan ilmiah diatur. Menusuk ke kampung-kampung. Meraja di bandar-bandar. Pemuda ke sana ke sini sambil ketiak mengepit kitab.

Maka kerja kita sekarang mendidik masyarakat. Menghidupkan suasana ilmu. Ilmu yang mengenalkan hamba kepada pencipta. Ilmu yang menyempurnakan pelaksanaan ibadah yang diterima dan ikhlas kerana Allah. Ilmu yang dikaji makin meluas, diamal makin melebar, disampaikan makin mendekatkan. Ilmu yang wajib dipelajari untuk memaknai diri ini as hamba. Ilmu yang menggemilangkan umat dari dulu.

Waktu itu bukan hanya musuh Islam menjadi kecil di mata kita. Tapi si iblis dan konco-konconya merana. Agama kebenaran tidak mampu dilenyap. Kerana ia benar.

Soalan : Menangkah kita?
Jawapan : Tak kah namanya menang bila hadiahnya syurga.

Maka hadiahkan pula NERAKA buat mereka yang nakkan sangat. Murahnya NERAKA untuk dimiliki.

Tuesday, February 7, 2012

SEMUSIM IMAM MUDA

Oleh
Azhar Ghazali 
FB : www.facebook.com/im.azharghazali

Semusim "imam muda"


"Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia sapa yang tau noh," luah sorang makcik seusai program ceramah sempena Maal Hijrah. Terfikir apalah tuah makcik ni maksudkan. Yela, mana-mana pun pergi ucapan congrat sama ja. "Sejuk perut mak ngandung, bertuah dapat jumpa, sejuk hati dengar, etc". Orang kata ni ngada-ngada, tapi sebenarnya tu satu bentuk luahan pada apa yang dia suka. Bukan hanya pada Imam Muda. Pada apa dan siapa saja. Ni story pengalaman gua je der.






So, saya tulis juga la sikit pasal experience mamat kedah soqhang nie. Untuk adik2 yang mungkin nak belajar dari kesilapan dan kelemahan hidup saya untuk jadi lebih baik. Bagi saya, pernah juga rasa bangga, seqhonok dengan pencapaian tapi tak lama. Artis, selebriti lain tak tau la, maybe best tu still. Saya tak, tuah tu tak rasa bertuah sangat pun.

Ingat lagi time interview dengan international press, "apa perasaan kamu apabila digelar imam muda?" Spontan saya jawab dengan gaya skema tahap gaban, "semestinya saya sangat gembira dan bertuah dipilih sebagai IM dari kalangan 1400 orang yang mengikuti ujian IM." Haha. Itu jawapan time dalam program IM lagi. Cer tanya sekarang. Mau melilau nye jawab.
Imam Muda Musim Pertama

Tamat je kursus 3 bulan IM. Bebas dari kuarantin di Masjid Wilayah. So mula la realiti hidup IM sebenar. Dari penuhi jemputan area kedah sampai la KL. Turun Johor. Naik balik Pantai Timur. Setinggi-tinggi Gunung Jerai. Sedalam-dalam Paya Dalam. Segelap-gelap Gua Musang dengan orang asli. Sekeruh-keruh Air Keroh. Semahal-mahal Pasir 'eMas'. Bermacam bentuk program semua sapu. Dari motivasi si tomel sekolah rendah, mamat poyo menengah, talk, forum, ceramah, kuliyah, diskusi, presentation, paperwork, bedah kitab kat IPT ke masjid ke semua redah.

Kawan cal pagi tenye ada mana, KL. Petang lak, Kedah. Malam, KL balik. Penat? tak yah cite ar. Pernah dibawa jelajah Ramadhan kat Cameron Highland. Best la kan suasana nyaman, sejuk, tenang. Layan jer. Malam bertugas imam tarawih. Esok pagi dengan pihak Pegawai Pendidikan Daerah n terus jelajah sekolah-sekolah sekitar Cameron. Jalan Cameron tahu la camna kan. Tambah kalau sebelah Ringlet. Driver lak Imam Masjid Tanah Rata. Boleh dia g drift celah-celah tu pulak. A'ah lembik aq time tu. Kalau tak puasa ok la, memang seguni strawbery dah aq mentekedarah.

Tenghari terus turun KL. Malamnye imam tarawih+tazkirah Masjid Sri Damansara. Dorang cakap ni Masjid Anwar Ibrahim. Kot la boleh jumpe dia. Ada harapan jadi menantu angkat pun ok. haha. Malam tu tidur lena coz letih. Esok pagi de qiam pulak kat Hulu Langat. Tu la sehari dua dalam beratus hari as Imam Muda. Letih tu memang tapi best beb dapat khidmat untuk agama. Ingat sokmo pesan Mursyid Syed Norhisham, "Kehidupan IM yang sebenar adalah di luar sana bila dah habis program IM, jadi jangan rasa apa yang ada pada diri tu dah cukup. Tambahlah lagi pengetahuan kerana tanggungjawab sebagai imam memang besar sekali peranannya dalam msyarakat." Gugup jantung mak dengar tu.

Betul, ada time kita kena face dengan masyarakat. Lagi ramai lagi banyak karenah. Dalam pada tu ada juga bro-sis yang hope IM tolong solution problem dorang. Kalau yang kena guna logik akal takde masalah. Tapi kalau masalah berat, kena rujuk hukum syariat takleh le nak golek macam tu jer der. Semua kena dengan ilmu. Dengan si comel lain caranya. Dengan bro lain rentak. Dengan pakcik lain lengguknya. Gaya bahasa, content, hujah, olahan, teguran, pujian semua kena tengok audien.

Kalau kena geng menengah, dorang ni nak sentuhan yang lain sikit. Ada sampai gaya pakaian kita bila bersama dorang tu dah tak nampak macam imam. Bahasa lak nak choy jer. Kena kreatif dalam membina hubungan. Saya suka cabar dorang sebab mamat-mamat ni memang pantang dicabar. Pakcik2 n makcik2 lak kena gaya bahasa mudah. Lawak kena ada. Tu yang kadang keluar lawak bodoh. Kesilmpulannya tu semua beban dalam dakwah.

Masuk tahun kedua IM lagi la risau. Coz aq mula sambung belajar di UKM. Ayah selalu pesan, "Do you two things at same time, you do nothing." So fokus nak kena set balik. Tapi tugas luar makin banyak. Astro pulak kasi amanah mengacara Khabar Haji, then Jemputan Umrah. Memang sangat lah bezanya kehidupan 2 tahun yang lalu dengan sekarang. Itulah kan, kalau Allah nak ubah hidup seseorang tu, tanpa disangka boleh berlaku. Subhanallah.

Moga Allah mengubah tahap iman ini ke tangga lebih tinggi. So rasanya panjang dah kot. sikit-sikit la, nanti kita share lagi. Banyak lagi nak story. Ada masa bersua lagi noh. Dengan pengalaman-pengalaman yang senget n macam-macam. Terima kasih tak terhingga buat teman2 yang sokmo menyokong. Doakan kita sama2 terus sukses dengan perancangan yang baik2 di sisi Allah, kekasih kita. InsyaALLAH..

Sunday, February 5, 2012

HUKUM SAMBUT VALENTINE'S DAY


Source by
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Published




Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day

PENGENALAN

  • Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.
  • Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.
  • Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.
  • "Hari Kekasih" yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam. Kerana kebiasaannya senario menyambut ”Hari Kekasih” berlaku dikalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.
  • Harus diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka.
Keputusan
  • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
  • Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Keputusan (English):
The Ruling on Muslims Celebrating Valentine’s Day

Decision:
  • The 71st Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 22nd-24th November 2005 has discussed the ruling on Muslims celebrating Valentine’s Day. The Conference decided that the teachings of Islam stress on love and there is no specific day in Islam to celebrate it.
  • Therefore, The Conference decided that the practice of celebrating Valentine’s Day is not part of Islam. The spirit of the celebration contains elements of Christianity and its practice that is mixed with sinful acts is prohibited and contradicts with Islam.
Keterangan/Hujah:

  • Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
  • Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
  • Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
  • Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:




من تشبه بقوم فهو منهم 

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut."
[Riwayat Abu Daud]


Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
  • Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
  • Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu Ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan Kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol dan pembunuhan umat Islam di Cordova.
  • Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau meransang kepada yang dilarang dan maksiat.
Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari ”percintaan rasmi” mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari sebagai bersatunya Ukuwah Mukminin sesama Mukminin dan Mukminat sesama Mukminat dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman.

Jom ar Valentine's Day!!



















50 MUTIARA IMAN

Oleh 
Azhar Ghazali
FB : www.facebook.com/im.azharghazali

50 Mutiara iman

Orang kata belajar tentang tauhid atau akidah ni susah. Memeningkan. Berbelit-berlit. Tapi sebenarnya tak la payah sangat. Ia akan jadi senang. Apa saja benda yang payah kalau 'pulun' confirm jadi senang. Bak kata tok guru, "tauhid ni kalau kita ambil berat akan jadi ringan, tapi kalau kita ambil ringan maka dia akan jadi berat (susah)." Yang paling penting, tauhid adalah ilmu yang wajib dipelajari. Bahkan ulama memutuskan, seseorang itu belum lagi sempurna imannya jika penguasaan tauhid masih low.

Secara ringkasnya lihat di sini :
Tauhid juga disebut usuluddin, akidah, pegangan, keyakinan, keimanan, kepercayaan etc. 

Keimanan yang mantap dan yakin perlu berpaksikan kepada kaedah atau formula. Formula Asya'irah menjelaskan 50 aqidah atau kepercayaan yang dipegang dan tersimpul kemas dalam hati orang beriman. Supaya pegangan 'Allah tuhan kita' menjadi mantap dan tidak goyah. Tidak salah belajar tauhid menggunakan mana-mana kaedah asalkan ianya membawa kita mengenal pencipta dan tunduk padanya. Oleh itu tidak wajar seorang guru atau muslim mengeji atau menghina kaedah-kaedah lain yang tidak selari dengan kaedah yang dipejarinya selagi kaedah lain itu tidak bercanggah denga syarak.

Ada yang belajar tauhid 3 serangkai (uluhiah, rububiah & asma wasifat). Ada yang hanya berpegang pada tauhid Allah ahad (satu, tunggal) bersandarkan pada surah al-Ikhlas. Tidak ada masalah selagi ia merasakan kaedah itu mampu meneguhkan pegangannya dan memberi kepuasan iman yang maksima.

Penulis memilih akidah 50 berdasarkan pengalaman dan kajian. Akidah 50 atau kaedah Asyai'rah sangat unik, detail. Memantapkan pegangan dan menimbulkan mutiara keyakinan kepada hati. Formula Asya'irah menjawab persoalan-persoalan iman dan kekeliruan dengan konkrit. Ianya turun temurun lebih seribu tahun yang lalu. Meniti di atas kitab-kitab turath ulama muktabar dari institusi pondok tradisonal hingga sistem formal. Di Malaysia, JAKIM sendiri mentahkikkan (menegaskan) bahawa Asya'irah adalah pegangan mantap akidah ahli sunnah wal jamaah.

Kaedah ini digariskan Imam Abu Hasan Al-Asyaa’ri dan Imam Abu Mansur Al-Mathuridi. {sejarah beliau akan penulis nukil dalam entry seterusnya}. 50  kaedah iman dibahagi dalam pecahan berikut :
  • 20 sifat Allah yang wajib
  • 20 sifat Allah yang mustahil
  • 1 sifat Allah yang harus

  • 4 sifat Rasul yang wajib
  • 4 sifat Rasul yang mustahil
  • 1 sifat Rasul yang harus









WAJIB
MUSTAHIL
HARUS
JUMLAH
ALLAH
20
20
1
41
RASUL
4
4
1
9


JUMLAH : 50


Kesemuanya tersimpul dalam 50 Aqidah Iman.

Kitab Tauhid Aqidah an-Najjin
Kitab Tauhid/Fiqh Hidayah as-Sibyan
Kitab Tauhid Misbah al-Munir

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | ewa network review