Sunday, November 20, 2011

BISIKAN BUAT UMI

Oleh
Azhar Ghazali
FB : www.facebook.com/im.azharghazali

Bisikan Buat Umi

Dah dua hari sampai Malaysia setelah sebulan di tanah suci Makkah al-Mukarramah. Tapi still ada di Kuala Lumpur. Bila la nak balik Kuala Ketil, Kedah. Syuq pada umi, walid, adik beradik tu jangan kira la. Kalau tak kerana tugasan n kelas pengajian kat KL ni, memang fesday touchdown dah ada depan umi. Macam-macam pengalaman nak share sepanjang betugas di Makkah as pengacara Khabar Haji, buat liputan.

Time dengan umi, tak rasa apa-apa. Even ramai anak-anak yang kadang rasa nyampah bila disoal si ibu. Tujuannya bukan nak gangu tapi just nak tahu perkembangan si anak. Yang pernah dia kendong dalam perut 9 bulan. Berhadapan saat maut time nak melahirkannya. 
Membesarkan kita dengan penuh kesabaran. Masa tidurnya kita curi dengan tangisan minta botol susu. Najis kita dia kesat tanpa rungut. Dengan tangan si tua itu kita makan dan minum sampai lah mampu suap sendiri.


“Mak, orang nak Galaxy Tab tu, mak kata nak bagi!! Mana?!” sebak hati bila menyaksikan drama tulin tengkingan seorang anak 12 tahun pada ibunya. Lebih sedih si ibu pernah mengalami kesakitan di leher dan menjalani pembedahan sehingga peti suaranya terpaksa dibuang. Menyebabkan dia tiada suara. Tidak mampu membalas tengkingan si anak. Tapi berani saya katakan, kalaupun si ibu ini ada suara, dia tidak akan membalas tengkingan si anak bahkan susah hati jika tidak mampu memenuhi permintaan anak yang disayangi.

Itulah mulianya hati seorang ibu. Memang wajar sekali Allah meletakkan keredhaannya selepas keredhaan ibu dan ayah. Hari ini, ibu dijadikan pembantu rumah oleh si anak. Jadi pengasuh kepada cucunya. Hingga ke tahap si anak sanggup melempar ibu ke rumah orang tua tanpa rasa bersalah. Ada yang sanggup menjadikan ibu sebagai mangsa kemarahan hingga dibunuh dan dikelar bila ibu tidak mampu memberikan apa yang dimahukan. Anak seperti apa ini?

Sementara Allah masih memberikan keizinan mereka bersama kita, berilah perhatian sebaiknya. Jangan sampai si ibu memejamkan mata tidak bernyawa barulah kita menyesal dan menangis tidak berguna. Kesukaran memenuhi apa yang mereka ingini sangat kecil berbanding apa yang telah mereka korbankan untuk kita.

Ibu, sesungguhnya engkau tiada ganti.

Tuesday, November 8, 2011

HAJI : "MENGUTIP MUTIARA IMAN"

Oleh
Azhar Ghazali
FB : www.facebook.com/im.azharghazali

Haji : "Mengutip Mutiara Iman"

Berakhirnya 9 Zulhijjah, hari wukuf di Arafah. Maka selesailah sudah musim haji 1432H. Tanpa wukuf di Arafah, ibadah pak-pak aji dan mak-mak aji kita tidak diiktiraf. Walaupun berbulan-bulan mukim di Makkah al-Mukarramah. Umrah berkali-kali pun tak dapat menampung kewajipan wukuf. 

Kerana itu haji disebut ibadah unik. Di sebalik rukun Islam kelima ini, ada rahsianya tersendiri. Buat kali keduanya, saya melaksanakan haji lagi untuk tahun ini atas tiket bertugas mengacara rancangan Khabar Haji musim ke 3. 

Sebagai orang muda, ibadah nabi Ibrahim ini dilihat dengan perspektifnya berbeza. Tak sama macam pak-pak aji. Mereka lebih menghayati dari aspek merangkul haji 'mabrur'. Sebab tu saya lazim dapat ucapan, "Ya Allah! Syoknya dapat mai haji muda-muda", "Eee! Mudanya dapat mai haji dah, macam-macam boleh buat", "Tengok macam kami ni, dah tua baru mampu datang, so asyik minta tolong orang itu ini."

Dilihat maksud haji asalnya ialah menziarahi Baitullah al-Haram pada bulan-bulan haji bermula 1 syawal hinggalah 10 Zulhijjah. Ia didirikan dengan beberapa rukun haji dan perkara wajib haji. Bukan sesusah yang disangka. Kalau awal-awal lagi dah sedia dengan ilmu, fizikal dan mental. Apatah lagi, di usia muda ini ada kekuatan beribadah dengan baik, lancar, bersemangat. Hip hip hop! 

 Distorykan Abu Hurairah ra., Rasulullah saw. bersabda, “Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya.(1)Pemimpin yang adil, (2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Rabbnya, (3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid, (4) Dua orang yang saling mencintai karena Allah Subhanahu wa Ta’ala, berkumpul dan berpisah karena Allah pula, (5) Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’, (6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dinfaqkan oleh tangan kanannya, serta (7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga kedua matanya basah karena menangis”.  [Shohih Bukhari, Hadits no 620].

Perkuburan Maala & Clock Tower
Dulu saya pun keliru tentang perbezaan umrah dan haji. Yang mana wajib dilaksanakan. Umrah atau haji? Haji adalah wajib dikerjakan sekali seumur hidup bagi yang. Umrah pula, ada pendapat ulama yang kata wajib dan ada yang kata tak wajib {rujuk perbahasan ni di mana2 sumber ye.. assignment..}. Cenderung saya adalah wajib dan itulah amalan jemaah haji Malaysia sejak dulu.

Perbezaan umrah dan haji? Umrah juga maksudnya  menziarahi Baitullah al-Haram tapi tak ada masa yang khas macam haji. Umrah boleh bila-bila masa samada time ke Baitullah untuk haji. Ataupun pegi untuk umrah semata-mata. Lebih afdhal pegi umrah time Ramadhan. Dapat buat saving 'bank akhirat' banyak coz sabda Rasulullah saw, Sesungguhnya umrah di Bulan Ramadhan sama dengan haji atau haji bersamaku”. [HR. Al-Bukhari]

Haji dan umrah berbezai rukun dan wajibnya. Haji wajib berwukuf di Arafah, bermabit atau berada di Muzdalifah dan Mina, melontar di ketiga-tiga Jamrah, tawaf, saie dan bertahallul. Umrah hanya tawaf, saie dan bertahallul sahaja. Bagi yang ke Makkah pada bulan haji, boleh buat sekali haji dan berkali-kali umrah.

Perjalanan haji saya untuk tahun ni berbeza dengan tahun sudah. Tahun lalu hadir as tetamu media Kementerian Penerangan Kerajaan Arab Saudi. Pergerakan, tempat penginapan, makanan dan layanan sepanjang haji sangat istimewa. Rasa macam guest vvvip 7 star. 

Tahun ini atas title Petugas Media Tabung Haji, kena la meqhasa (merasa) macam geng-geng petugas last year. Wow heaven lah katanya. But the different is air mata murah sangat. Makna haji lebih dekat dirasa dan penghayatannya mendalam. 

Dalam kemah di Arafah bersama rakan media
Bermula di Arafah menginap di kemah kain berlantai karpet nipis hingga terasa bonjol ketul tanah. Dah macam lantai reflexology. Time tu saya dengan rakan pengacara, Nazri kahar @Astro Awani dan Izwan Azir, @TV3 kerja berdoa. Moga tak hujan, kalau hujan confirm lencun tak pun tidur dalam swimming pool arafah.

Malam Arafah dilalui penuh makna. Sejuk but esoknya panas max. Siang Arafah dijiwai dengan roh mahsyar. Padang himpunan yang bakal ditempuh selepas wake-up dari kubur. Ingatan dari ulama, keadaan time tu matahari sejengkal atas kepala. Ya rabb, panas tak kepalang. Sekarang ok lagi coz ada juga teduh khemah. 

Daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah saw bersabda, “Seluruh manusia akan berdiri di hadapan Tuhan Pencipta Alam ini (pada hari Kiamat nanti), sehingga salah seorang di antara mereka ada yang akan tenggelam di dalam peluhnya sendiri sampai ke pertengahan telinganya. [Riwayat Bukhari & Muslim]. Lantang khutbah Arafah oleh bekas mufti kerajaan negeri Johor, Dato Noh bin Gadut.

Malamnya gerak ke Muzdalifah. Bermabit and terus balik Makkah for tawaf and saie haji. Biasanya perjalanan tak sampai sejam. Tapi malam tu kami tempuh trafik 6 jam beb. Ada yang mula rungut, marah. Saya bagi jawapan kat hati, inilah 'haji'.

Sinopsis my hajj 1432H : 
1.Berniat haji dan ihram di Hotel Janadriah, tempat penginapan
2.Berwukuf di Arafah
3.Bermabit di Muzdalifah
4.Masuk ke Makkah terus tawaf dan saie haji
5.Bergunting
6.Masuk semula ke Mina dan melontar di Jamrah al-Aqabah
7.Bermabit 6 jam di mina pada malam 11 Zulhijjah hingga subuh, melontar di ketiga-tiga jamrah
8.Bermabit 6 jam di mina pada malam 12 Zulhijjah hingga subuh lalu melontar di ketiga-tiga jamrah
9.Nafar awal (selesai).

Dalam jutaan manusia, terjumpa
bapa saudara saya Tn Gr Hj Adnan
& Tn Gr Hj Rahim
Pelaksanaan haji satu-satunya ibadah gerak fizikal sepenuhnya. Why must staying at Padang Arafah tandus. Wajib relaxz di Muzdalifah when kat situ sesak, berdebu. Bukan macam R&R Sungai Buloh siap ada satey Haji Samuri, ABC, ayaq lengkong. Then ke Mina untuk melontar kat jamrah. Ada yang terus ke Makkah untuk tawaf dan saie. Semuanya fizikal. 

Saya sempat gak lepak dengan otai-otai agama kat Makkah. So dapat la tempias sikit-sikit apa yang diseparingkan sama-sama dorang. Especially falsafah haji.

Apart lambangan mahsyar, Arafah menghimpunkan umat manusia. Kesatuan umat mampu bersatu atas dasar aqidah. Mana ada org wukuf 8 or 10 Zulhijjah atau mana-mana date. Semua pilih 9 Zulhijjah. Ini atas kemahuan siapa? Allah lah yang merencana dan diakuri hambanya kerana aqidah. Penyembahan hanya kepada Allah. 

Dapat dilihat dalam himpunan raksasa ini, semuanya memakai ihram. Tak kita title apa saja. Raja, rakyat, kaya, miskin, kulit hitam, kulit putih, bahasa semuanya pakai kain sama, kat arafah yang sama. Tak ada yang mempertikai. Why must i wear ihram and wukuf. Even semua sibuk berdoa. Harapkan Allah awarded haji mabrur. Mabrur yang takde jual di market. Tak boleh beli dengan duit. 

Rasulullah saw : “Di antara satu umrah kepada satu umrah yang lain adalah penghapus dosa antara keduanya, dan tiada balasan bagi haji mabrur melainkan syurga”. [Riwayat al-Bukhari & Muslim]

Di sinilah abid dididik. Allah tidak menilai pangkat atau darjat sesape. Tetapi dilihat pada tahap keimanan dan ketaqwaan. Ya Allah, tiada yang lebih kami dambakan melainkan pengampunan mu. Kurniakanlah kami haji yang mabrur.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | ewa network review