Sunday, November 20, 2011

BISIKAN BUAT UMI

Oleh
Azhar Ghazali
FB : www.facebook.com/im.azharghazali

Bisikan Buat Umi

Dah dua hari sampai Malaysia setelah sebulan di tanah suci Makkah al-Mukarramah. Tapi still ada di Kuala Lumpur. Bila la nak balik Kuala Ketil, Kedah. Syuq pada umi, walid, adik beradik tu jangan kira la. Kalau tak kerana tugasan n kelas pengajian kat KL ni, memang fesday touchdown dah ada depan umi. Macam-macam pengalaman nak share sepanjang betugas di Makkah as pengacara Khabar Haji, buat liputan.

Time dengan umi, tak rasa apa-apa. Even ramai anak-anak yang kadang rasa nyampah bila disoal si ibu. Tujuannya bukan nak gangu tapi just nak tahu perkembangan si anak. Yang pernah dia kendong dalam perut 9 bulan. Berhadapan saat maut time nak melahirkannya. 
Membesarkan kita dengan penuh kesabaran. Masa tidurnya kita curi dengan tangisan minta botol susu. Najis kita dia kesat tanpa rungut. Dengan tangan si tua itu kita makan dan minum sampai lah mampu suap sendiri.


“Mak, orang nak Galaxy Tab tu, mak kata nak bagi!! Mana?!” sebak hati bila menyaksikan drama tulin tengkingan seorang anak 12 tahun pada ibunya. Lebih sedih si ibu pernah mengalami kesakitan di leher dan menjalani pembedahan sehingga peti suaranya terpaksa dibuang. Menyebabkan dia tiada suara. Tidak mampu membalas tengkingan si anak. Tapi berani saya katakan, kalaupun si ibu ini ada suara, dia tidak akan membalas tengkingan si anak bahkan susah hati jika tidak mampu memenuhi permintaan anak yang disayangi.

Itulah mulianya hati seorang ibu. Memang wajar sekali Allah meletakkan keredhaannya selepas keredhaan ibu dan ayah. Hari ini, ibu dijadikan pembantu rumah oleh si anak. Jadi pengasuh kepada cucunya. Hingga ke tahap si anak sanggup melempar ibu ke rumah orang tua tanpa rasa bersalah. Ada yang sanggup menjadikan ibu sebagai mangsa kemarahan hingga dibunuh dan dikelar bila ibu tidak mampu memberikan apa yang dimahukan. Anak seperti apa ini?

Sementara Allah masih memberikan keizinan mereka bersama kita, berilah perhatian sebaiknya. Jangan sampai si ibu memejamkan mata tidak bernyawa barulah kita menyesal dan menangis tidak berguna. Kesukaran memenuhi apa yang mereka ingini sangat kecil berbanding apa yang telah mereka korbankan untuk kita.

Ibu, sesungguhnya engkau tiada ganti.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | ewa network review