Friday, September 21, 2012

LUKA AL-QURAN BELUM KERING, LUKA RASULULLAH PULA BERDARAH

Oleh 
Azhar Ghazali
FB : www.facebook.com/im.azharghazali

Luka al-Quran Belum Kering, Luka Rasulullah Pula Berdarah

 
Beberapa bulan yang lalu kita menangis bila al-Quran kita dibakar dan dipijak sang kafir. Sedangkan beberapa tahun yang lalu kita sudah kuat melenting bila karikatur kekasih mulia, Rasulullah dicipta hina. Kali ini kita terluka lagi, sebuah filem panjang dilakon khas menghina Rasulullah dan memapar imej buruk Islam.

Bermula di utara, bawa ke selatan Malaysia rata-rata tidak berpuas hati. NGO, persatuan, badan masyarakat, individu dan parti politik langsung melancar kempen popular membantah isu ini. Perkara sama berlaku di seluruh dunia. Persoalan, untuk siapa bantahan ini. Jika untuk Amerika dan Israel, sudah lama mereka tidak hiraukan bantahan-bantahan ini. Bagi mereka, ini seperti budak kecil yang menangis meminta bapanya membeli sesuatu. Terpulang pada si bapa nak beli atau tidak.
Filem Innocent Of Muslim mengundang kemarahan umat Islam

Ada baiknya juga dengan demonstrasi aman kerana hanya itu yang kita mampu. Tapi ingat, kesannya tidaklah sejauh mana pun. Tidak sedikitpun menggentarkan musuh. Dan mungkin akan sampai ke satu masa nanti anak-anak muda tidak dapat lagi turun berdemontrasi kerana masing-masing punya hal sendiri dan tidak tahu mengapa perlu berdemo. Sedangkan Rasulullah pun tidak dikenali. Ini kerana pengetahuan agama sudah tiada.

Satu perkara yang menggentarkan musuh dan membuat mereka tidak senang, tidur tidak lena walaupun tanpa mengangkat senjata dan berdemonstrasi ialah melihat anak muda mula sibuk dengan ilmu. Ilmu apa? Ilmu mengenal pencipta agar sedar diri ini hambaNya. Ilmu memahami syariat agar kehidupan berlandas agama. Menghayati akhlak Rasulullah agar bersih diri dari sifat tercela.

Jika ini yang berlaku, nescaya itulah petanda si kafir laknatullah akan lenyap. Tidak salah jika saya katakan pendidikan sekular di Malaysia ini terlalu songsang. Yang wajib ditinggal lupa, yang bawah diangkat julang. Anak muda lebih mengenal isi perut katak berbanding siapa yang menghidupkannya. Lebih tahu isi alam cakerawala dan sistemnya dari menyedari siapa penciptanya.

Siapa berhak mengubah? Kerajaan. Jika kerajaan tidak dapat mengubah hal ini, maka kerajaan perlu diubah barangkali.

1 comments:

ana atiqah said...

Benar bagai dikata.. Dari dulu, sistem pendidikan kita lebih berpaksikan kebaratan dan bertunjangkan sekularisme.. Pencarian ilmu itu diwajibkan atas setiap muslim tetapi harus diingat, tidak semua 'ilmu' yg diperoleh itu benar2 al-haq, barangkali telah diubah dan diselewengkan oleh tgn2 jahat.. Manusia lebih mengagungkan karyawan dan ilmuan barat walhal sebenarnya boleh dikatakan hampir keseluruhan ilmu yang digunakan hari ini diperlopori oleh ilmuan Islam, cendikiawan yang bermindakan Sunnah dan kebesaran Allah. Allah yg mengilhamkan ilmu2 yg kita dapat hari ini. Cuma tinggal, kita selongkar kembali keagungan Allah..
Pernah saya hadiri Kem Insaniah, pertanyaan penceramah yang benar2 membuka mata nurani saya. Beliau tanyakan, siapa yg mencipta kereta? Hadirin menjawab 'Fort' Siapa yg cipta telefon? 'Graham bell'
Lalu beliau katakan, inilah kesalahan manusia, ilmu Allah acapkali dikatakn kepunyaan manusia, walhal penciptaan teknologi tidak lain tidak bukan adalah penciptaan Allah! Ayuh ummah, bawalah lari diri dan pemikiran kamu daripada mendustakan Allah..
Syukran dan syabas Imam muda KAG, ustaz telah menyentuh hati kecil ini.. T.T

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | ewa network review