Oleh

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad s.a.w) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu. Dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi. Dan Allah sentiasa Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
[An-Nisa' 170]
Walau apapun yang mereka buat untuk menjatuhkan Islam tapi tidak akan memberi apa-apa kerugian pada Allah. Kita yang beriman telah dijanjikan syurga yang abadi. Kita tetap melawan tapi peperangan sekarang bukan dengan kekuatan dan senjata sahaja. Kita berperang di atas padang yang tak sama rata. Bila kita melawan kita dituduh pengganas.
Senjata lembut yang menghancur
Tak salah buat demonstrasi, hantar memorandum, laporan polis, ceramah, sidang akhbar dan macang-macang lagi. Tak salah. Tapi sampai bila nak macam tu. Setiap kali ada isu, kita bangun. Then senyap balik, tidur. Timbul pula isu baru, marah balik. Sampai bila nak marah. Musuh pun tertawa tengok kita. Suka betul dorang tengok gelagat kita. Dah sampai masanya kita buatkan musuh hilang akal. Gigit jari, sakit hati, merana, kalah, sengsara, takut tanpa perlu kita marah pun.
Satu gerakan yang sangat ditakuti musuh kita atur. Gerakan yang tidak ada ruang untuk musuh menuduh kita pengganas. Tetapi kekuatan gerakan ini lebih kuat dan hebat dari senjata keganasan. Bukan hanya membuatkan musuh binasa badannya, bahkan mereka tersiksa zahir dan batinnya melihat kita. Institusi ilmu adalah gerakan paling bisa.
Ilmu mentarbiah jiwa remaja mentauhidkan Allah. Memerangi kejahilan, nafsu, musuh manusia, syaitan dan iblis. Dengan institusi ini, ummah menjadi kuat. Semangat jihad membara. Tidak mampu disekat kebangkitannya lagi. Matlamat perjuangan terarah dengan tepat. Semuanya kerana Allah. Gejala murtad lenyap. Psikologi musuh dipatah dan diratah. Serangan sosial hanya disinis pemuda taqwa ini.
Perkasakan institusi ilmu. Muliakan ulama dengan memanfaatkan ilmu mereka. Hidupkan malam-malam di masjid dan surau dengan majlis ilmu. Keluarga bahagia yang berutinkan perbincangan Quran dan Hadith setiap malam. PIBG mendesak dasar pendidikan agama. Kelebihan KAFA diperkasakan lagi. Guru agama diberi mandat dan amanah. Organisasi ilmu ditubuh. Perbincangan demi perbincangan ilmiah diatur. Menusuk ke kampung-kampung. Meraja di bandar-bandar. Pemuda ke sana ke sini sambil ketiak mengepit kitab.
Maka kerja kita sekarang mendidik masyarakat. Menghidupkan suasana ilmu. Ilmu yang mengenalkan hamba kepada pencipta. Ilmu yang menyempurnakan pelaksanaan ibadah yang diterima dan ikhlas kerana Allah. Ilmu yang dikaji makin meluas, diamal makin melebar, disampaikan makin mendekatkan. Ilmu yang wajib dipelajari untuk memaknai diri ini as hamba. Ilmu yang menggemilangkan umat dari dulu.
Waktu itu bukan hanya musuh Islam menjadi kecil di mata kita. Tapi si iblis dan konco-konconya merana. Agama kebenaran tidak mampu dilenyap. Kerana ia benar.
Soalan : Menangkah kita?
Jawapan : Tak kah namanya menang bila hadiahnya syurga.
Maka hadiahkan pula NERAKA buat mereka yang nakkan sangat. Murahnya NERAKA untuk dimiliki.
2 comments:
itu la..bila kita membela diri,melawan dikatanya pengganas..suka post ni ;)
Semoga Allah permudahkan urusan IM Azhar,ilmu yg bermanfaat =)
Post a Comment