Oleh
Azhar Ghazali
Azhar Ghazali
FB : www.facebook.com/im.azharghazali
Haji : "Mengutip Mutiara Iman"
Haji : "Mengutip Mutiara Iman"
Berakhirnya
9 Zulhijjah, hari wukuf di Arafah. Maka selesailah sudah musim haji
1432H. Tanpa
wukuf di Arafah, ibadah pak-pak aji dan mak-mak aji kita tidak
diiktiraf. Walaupun berbulan-bulan mukim di Makkah al-Mukarramah. Umrah
berkali-kali pun tak dapat menampung kewajipan wukuf.
Kerana
itu haji disebut ibadah unik. Di sebalik
rukun Islam kelima ini, ada rahsianya tersendiri. Buat kali keduanya,
saya melaksanakan haji lagi untuk tahun ini atas tiket bertugas
mengacara rancangan Khabar
Haji musim ke 3.
Sebagai
orang muda, ibadah nabi Ibrahim ini dilihat dengan perspektifnya
berbeza. Tak sama macam pak-pak aji. Mereka lebih menghayati dari aspek
merangkul haji 'mabrur'. Sebab tu saya lazim dapat ucapan, "Ya Allah!
Syoknya dapat mai haji muda-muda", "Eee! Mudanya dapat mai haji dah,
macam-macam boleh buat", "Tengok macam kami ni, dah tua baru mampu
datang, so asyik minta tolong orang itu ini."
Dilihat
maksud haji asalnya ialah menziarahi Baitullah al-Haram pada
bulan-bulan haji bermula
1 syawal hinggalah 10 Zulhijjah. Ia didirikan dengan beberapa rukun haji
dan
perkara wajib haji. Bukan sesusah yang disangka. Kalau awal-awal lagi
dah sedia dengan ilmu, fizikal dan mental. Apatah lagi, di usia muda
ini ada kekuatan beribadah dengan baik, lancar, bersemangat. Hip hip
hop!
Distorykan Abu Hurairah ra., Rasulullah
saw. bersabda, “Ada tujuh
golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada
naungan kecuali naungan-Nya.(1)Pemimpin yang adil, (2) Seorang pemuda yang
menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Rabbnya, (3) Seorang yang hatinya
selalu terikat pada masjid, (4) Dua orang yang saling mencintai karena
Allah Subhanahu wa Ta’ala, berkumpul dan berpisah karena Allah pula, (5) Seorang
lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya
seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’, (6) Seseorang yang bersedekah dengan
menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dinfaqkan oleh
tangan kanannya, serta (7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala
sendiri hingga kedua matanya basah karena menangis”. [Shohih Bukhari,
Hadits no 620].
![]() |
Perkuburan Maala & Clock Tower |
Perbezaan
umrah dan haji? Umrah juga maksudnya menziarahi Baitullah al-Haram
tapi tak ada masa yang
khas macam haji. Umrah boleh bila-bila masa samada time ke Baitullah
untuk haji. Ataupun pegi
untuk umrah semata-mata. Lebih afdhal pegi umrah time Ramadhan. Dapat
buat saving 'bank akhirat' banyak coz sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya umrah di Bulan Ramadhan sama
dengan haji atau haji bersamaku”. [HR. Al-Bukhari].
Haji dan umrah berbezai rukun dan wajibnya. Haji wajib berwukuf di Arafah, bermabit atau berada di Muzdalifah dan
Mina, melontar di ketiga-tiga Jamrah, tawaf, saie dan bertahallul. Umrah hanya tawaf, saie dan bertahallul sahaja. Bagi yang ke
Makkah pada bulan haji, boleh buat sekali haji dan berkali-kali
umrah.
Perjalanan haji saya untuk tahun ni berbeza dengan tahun sudah. Tahun lalu hadir as tetamu
media Kementerian Penerangan Kerajaan Arab Saudi. Pergerakan, tempat
penginapan, makanan dan layanan sepanjang haji sangat
istimewa. Rasa macam guest vvvip 7 star.
Tahun
ini
atas title Petugas Media Tabung Haji, kena la meqhasa (merasa) macam
geng-geng petugas last year. Wow heaven lah katanya. But the different
is air mata murah sangat. Makna haji lebih dekat dirasa dan
penghayatannya mendalam.
Dalam kemah di Arafah bersama rakan media |
Malam
Arafah dilalui
penuh makna. Sejuk but esoknya panas max. Siang Arafah dijiwai dengan
roh mahsyar. Padang himpunan yang bakal ditempuh selepas wake-up dari
kubur. Ingatan dari ulama, keadaan
time tu matahari sejengkal atas kepala. Ya rabb, panas tak kepalang.
Sekarang ok lagi coz ada juga teduh khemah.
Daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah saw bersabda, “Seluruh manusia akan berdiri di hadapan Tuhan
Pencipta Alam ini (pada hari Kiamat nanti), sehingga salah seorang di antara
mereka ada yang akan tenggelam di dalam peluhnya sendiri sampai ke pertengahan
telinganya. [Riwayat Bukhari & Muslim]. Lantang khutbah
Arafah oleh bekas mufti kerajaan negeri Johor, Dato Noh bin
Gadut.
Malamnya gerak ke Muzdalifah. Bermabit and terus balik Makkah for tawaf and saie
haji. Biasanya perjalanan tak sampai sejam. Tapi malam tu kami tempuh
trafik 6 jam beb. Ada yang mula rungut, marah. Saya bagi jawapan kat hati, inilah 'haji'.
Sinopsis my hajj 1432H :
1.Berniat haji dan ihram di Hotel Janadriah, tempat penginapan
2.Berwukuf di
Arafah
3.Bermabit di Muzdalifah
4.Masuk ke Makkah terus tawaf dan saie haji
5.Bergunting
6.Masuk semula ke Mina dan melontar di Jamrah al-Aqabah
7.Bermabit 6 jam di mina pada malam 11 Zulhijjah hingga subuh, melontar di
ketiga-tiga jamrah
8.Bermabit 6 jam di mina pada malam 12 Zulhijjah hingga
subuh lalu melontar di ketiga-tiga jamrah
9.Nafar awal (selesai).
Dalam jutaan manusia, terjumpa bapa saudara saya Tn Gr Hj Adnan & Tn Gr Hj Rahim |
Saya
sempat gak lepak dengan otai-otai agama kat Makkah. So dapat la tempias
sikit-sikit apa yang diseparingkan sama-sama dorang. Especially
falsafah haji.
Apart
lambangan mahsyar,
Arafah menghimpunkan umat manusia. Kesatuan umat mampu bersatu atas
dasar aqidah. Mana ada org wukuf 8 or 10
Zulhijjah atau mana-mana date. Semua pilih 9
Zulhijjah. Ini atas kemahuan siapa? Allah lah yang merencana dan diakuri
hambanya kerana aqidah. Penyembahan hanya kepada Allah.
Dapat
dilihat
dalam himpunan raksasa ini, semuanya memakai ihram. Tak kita title apa
saja. Raja, rakyat, kaya, miskin, kulit hitam, kulit putih, bahasa
semuanya pakai kain sama, kat arafah yang sama. Tak ada yang
mempertikai. Why must i wear ihram and wukuf. Even semua sibuk berdoa.
Harapkan Allah awarded haji mabrur. Mabrur yang takde jual di market.
Tak boleh beli dengan duit.
Rasulullah saw : “Di antara satu
umrah kepada satu umrah yang lain adalah penghapus dosa antara keduanya, dan
tiada balasan bagi haji mabrur melainkan syurga”. [Riwayat al-Bukhari &
Muslim]
Di
sinilah abid dididik. Allah tidak menilai pangkat atau darjat sesape.
Tetapi dilihat
pada tahap keimanan dan ketaqwaan. Ya Allah, tiada yang lebih kami
dambakan melainkan pengampunan mu. Kurniakanlah kami haji yang mabrur.
1 comments:
suka ayat terakhir tu. aminn
Post a Comment