Oleh
Azhar Ghazali
FB : www.facebook.com/im.azharghazali
“Andai
ku tahu, kapan tiba ajalku,
Ku
akan memohon, tuhan tolong panjangkan umurku”
First
time dengar lagu ni 3 tahun lepas, masa masuk program Kem Remaja Harapan di Kg.
Raga, Yan bersebelahan dengan Gunung Jerai. Memang murah la air mata time tu.
Mula tu memang dengar macam rock tapi cair gak bila hayati maksudnya. Rasa
dekat sangat dah nak masuk kubur. Scary weh.
Tadi
dengar lagi lagu yang sama di sinar.fm masa dalam perjalanan nak ke PLKN di
utara tanah air untuk penuhi jemputan sampaikan talk dengan peserta kem. Sempat
berfikir, kalaulah mati sekarang apa yang nak di bawa jumpa Allah. Hairan,
kenapa tak pernah nak bersedia untuk saat yang pasti. Semua pasti mati, cuma
tak tahu bila.
Dah
sampai kem, jumpa la pegawai segak dengan uniform ala mat tempur. Terus masuk
dewan dengan rasa bajet hot, smart suit melayu purple. Tengok anak dara tak
berkelip biji mata. Dewan sunyi seminit. Dah habis agenda protokol, sampailah
giliran slot bicara santai. Reaksi awal ok jer menandakan dorang dapat terima
apa yang disampaikan. Sampai bahagian Q&A, ada sorang cikaro ni ke depan.
Dia kasi soalan la pulak, “awat kami orang perempuan kena tutup aurat? Tak
boleh ka kalau nak berfesyen, kata Islam tu tak memaksa tapi nak buat tu tak
boleh, nak buat nie tak boleh”.
Dengan
rendah hati, menyusun tutur bicara. Gabra tetap ada, takut jawab tak tepati
atau tak memuaskan hati audien yang nampak berminat nak tahu ulasan pasal tu.
Ikutkan hati, nak ja jawab itu kewajipan yang dah Allah syariatkan kepada kita,
kalau tak nak ikut memang neraka la tempatnya. Tapi itu bukan hikmah terutama
suasana pada ketika itu belum sesuai dengan content berbentuk hukuman. Jadi
terpaksa jawab dengan tidak melibatkan hukum syariat. Ok, dulu sebelum
kedatangan Islam, wanita diletakkan di tempat yang sangat hina. Hanya sebagai
hamba seks, hamba kerja dan lebih teruk lagi wanita menjadi bahan bunuhan
kerana ideologi ketika itu yang beranggapan jika si ibu melahirkan anak
perempuan, ia menjadi keaiban bagi sesebuah keluarga. Ini kerana mereka
berpendapat wanita tidak mampu buat kerja berat seperti lelaki, tidak mampu
berburu, tidak mampu berperang dan banyak lagi cercaan terhadap kaum hawa.
Islam itu
datang dengan membawa rahmat, mengangkat martabat perempuan dengan caranya yang
tersendiri. Antara cara Islam meninggikan darjat wanita melalui penganugerahan
dua perisai kemuliaan utama buat wanita iaitu aurat dan had
pergaulan. Aurat memainkan peranan dengan menutup bahagian tubuh
wanita. Di setiap anggota tubuh seorang gadis itu pasti mengiurkan lelaki yang
memandang. Maka aurat yang menjadi penghalang atau perisai dari mahram memandang
tubuh wanita yang mahal membuatkan diri wanita menjadi mahal. Ia hanya boleh
dilihat oleh orang tertentu samada keluarga atau suami. Sekali lagi diulang
yang boleh melihat hatta menyentuh adalah suami, bukannya bakal suami.
Dengan aurat
sahaja, wanita sudah berada di puncak kemuliaan. Lalu ditambah lagi dengan had
pergaulan yang membuatkan diri wanita itu menjadi lebih ekslusif. Bukan
senang-senang boleh bergaul dengan wanita kecuali dengan sebab tertentu yang
membolehkan dan juga berada dalam keadaan yang terbuka. Pergaulan tertutup
hanya khas buat keluarga dan suami sahaja, bukannya bakal suami. Maka gemparlah
di seluruh arab ketika itu, jika sebelum ini mereka dapat melihat tubuh wanita
kini tidak lagi. Sebelum ini dapat memegang atau menyentuh, kini tidak lagi.
Sebelum ini mereka dapat bersama, berjumpa, berdua-duaan dan ada yang dapat
tidur bersama tetapi kini tidak boleh lagi. Wanita itu hanya milik ahli
keluarganya dan suaminya sahaja. Maka di situ diperlihatkan betapa martabat
wanita itu menjulang tinggi. Mahal dirinya dan tidak lagi diletakkan di tempat
yang hina.
Pendeknya,
jika kedua-dua anugerah tadi dipelihara dengan penuh rasa bangga maka tinggilah
martabat dirinya. Jika dilucutkan, maka hilanglah kemuliaan itu. Sabar memujuk
diri untuk akur kepada perintah Allah untuk tempoh 10 ke 20 tahun sahaja di
dunia ini sebelum kita kembali ke tampat asal kita di syurga insyaallah, buat
selama-lamanya.
“Andai
ku tahu kapan tiba masaku,
Ku
akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku”
0 comments:
Post a Comment