Oleh
Azhar Ghazali
FB : www.facebook.com/im.azharghazali
CERITA : Si Kaya & Pendayung Sampan
Si
kaya nak menyeberangi sebatang sungai. Tapi takde titi kat situ. Yang ada hanya
sebuah sampan kecil milik si miskin. Si kaya tiada pilihan. Mahu tak
mahu kena juga naik sampan. Si kaya naik sampan dan si miskin pendayungnya.
Perlahan meninggalkan tebing sungai. Si kaya bergaya kerek merenung si
pendayung.
Si kaya : Selain
sampan yang buruk ini, apa lagi kenderaan yang kau ada?
Pendayung : Hanya
sampan ini yang saya ada.
Si kaya : Rugilah
kau kerana tak seperti aku. Aku ada kereta mewah. Rumah besar.
Ke seberang ni pun sebab nak tengok kebun yang akan aku beli.
Pendayung diam tak terkata. Mengenang
nasibnya dengan sampan buruk yang menanti karam. Mendayung perlahan
sampai ke tengah sungai. Tiba-tiba satu tampalan lubang di perut sampan
tercabut. Air masuk laju memenuhi sampan. Si pendayung tak sempat nak
buat apa-apa.
Pendayung : Selain
pandai memandu kereta mewah, adakah tuan juga pandai berenang?
Si kaya : Tidak.
Aku tidak tahu berenang.
Pendayung : Rugilah tuan kerana tak seperti saya. Saya pandai berenang. Dan sekarang saya dapat
menyelamatkan diri dari lemas.
Moral of the story is usah memandang rendah pada sesiapa. Setiap orang ada
kelebihan yang tersendiri.
0 comments:
Post a Comment