Friday, January 6, 2012

SALAH BERITA.. DOSA PEMBERITA..

Oleh
Azhar Ghazali
FB : www.facebook.com/im.azharghazali

Salah berita.. Dosa pemberita..

Pagi-pagi dah dengar abg Maher karok, "Alhamdulillah.. Alhamdulillah.." Rancak lagi melantak roti pelanta sama kopi spyHRu. Suasana biasa pagi2 kat Jalan Ipoh. Sebelum masuk kerja, perut kena taruk penuh. Baru rasa tertunai kewajipan pd diri. Kendian tunai pulak kewajipan pd negara, agama dan bangsa.

Sambil tunggu order, telinga ni x kering dengan suara bro-bro meja sebelah. Aneka tajuk jadi santapan pagi tu. Ada yang sampai tinggi suara. Ada yang sampai takda peluang bercakap. Ada yang hanya melayan. Cukup dengan anggukan dan expresion muka. Dah menghangatkan diskusi meja petak pagi tu.



Rutin ini bukan hanya di KL. Di mana-mana pun sama. Menjadi kemestian sesape pun mendapatkan info kullu sobah. Samada membaca, gebang tak pon nonton. Yang pasti info mmg tak boleh pisah dgn kehidupan.



Soalnya, adakah info yg dipungut itu benar tulin dan meyakinkan. Bebas dari fitnah, provok dan gimik semata-mata. Inilah tanggungjawab media. Memacu pemikiran masyarakat. Dalam Islam, soal kesahihan sesuatu khabar mestilah jelas. Tiada tokok tambah utk menyedapkan berita. Tiada unsur putar belit bertujuan menjatuhkan pihak yg dibenci. Jika tidak bebas dari kudis ini, maka Islam tidak mengiktirafnya.

Islam meletakkan garis media yang sempurna. Selidik maklumat dan asal usul sesuatu berita. "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki kebenarannya supaya kamu tidak menyampaikan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan." [al- Hujarat:6]

Maklumat yang dusta menyebabkan perpecahan. Mengundang perbalahan, pergaduhan, kehancuran dan sebagainya. Semua itu merugikan umat. Media, bebaslah dari belenggu. Pagar mencengkam kebenaran. Memisah umat dari ketelusan. Gula-gula tidak mampu menutup haq.

Bagi penjunjung khabar berita. Elakkan  menjadi penyambung fitnah dan dusta. Dosa kering yang tak disedar. Selagi hidup api fitnah dan khabar perpecahan selagi itu dosa memberat di bahu kiri.

"..sesiapa yang membuat (mengajarkan) perkara baik, baginya ganjaran dan ganjaran orang yang mengikutnya sedangkan tidak dikurangkan sedikitpun ganjaran orang yang mengikutnya. Dan barang siapa yang membuat (mengajarkan) perkara keburukan, baginya dosa dan dosa orang yang mengikutnya sedangkan tidak dikurangkan sedikitpun dosa orang yang mengikutnya.." [Riwayat Muslim dalam kitabnya, Sahih muslim]

Salam hari kebebasan media sedunia… (walaupun hanya pada 3 Mei disambut, tapi kebebasannya tidak bertarikh)

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | ewa network review