Friday, September 21, 2012

LUKA AL-QURAN BELUM KERING, LUKA RASULULLAH PULA BERDARAH

Oleh  Azhar Ghazali FB : www.facebook.com/im.azharghazali Luka al-Quran Belum Kering, Luka Rasulullah Pula Berdarah   Beberapa bulan yang lalu kita menangis bila al-Quran kita dibakar dan dipijak sang kafir. Sedangkan beberapa tahun yang lalu kita sudah kuat melenting bila karikatur kekasih mulia, Rasulullah dicipta hina. Kali ini kita terluka lagi, sebuah filem panjang dilakon khas menghina Rasulullah dan memapar imej buruk Islam. Bermula di utara, bawa ke selatan Malaysia rata-rata tidak berpuas hati. NGO, persatuan, badan masyarakat, individu dan parti politik langsung melancar kempen popular membantah isu ini. Perkara sama berlaku di seluruh dunia. Persoalan, untuk siapa bantahan ini. Jika untuk Amerika dan Israel,...

Wednesday, September 19, 2012

USAH KENANG HARI MUDA YANG JAHAT

Oleh  Azhar Ghazali FB : www.facebook.com/im.azharghazali Usah Dikenang Hari Muda Yang Jahat Nasihat Imam Ibnul Wardi : "Jangan kau ingati hari mudamu yang penuh dengan babak-babak kejahilan, kerana hari-hari itu ibarat bintang yang tenggelam." Keterangan : Jangan kau suka mengingati babak-babak kekurangan/ kesilapan dan segala tindakan yang kurang wajar engkau lakukan di masa mudamu. Biarlah hari-hari itu berlalu dan tak perlu diingati lagi, kerana mengingatinya akan menimbulkan rasa kejahilan dan kembali kepada alam kanak-kanak. Sebaliknya, hendaklah kamu merancang untuk masa depan yang lebih cemerlang dan teratur. Siapa yang dapat lari dari melakukan kesilapan, kesalahan dan kekhilafan. Ada yang Allah pelihara, dia just buat dosa kecil, dan ada yang terlanjur...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | ewa network review