
Oleh Azhar Ghazali
FB : www.facebook.com/im.azharghazali
Tak Minat Valentine
Malam ini aku nak balik Kedah. Walhal baru pagi tadi sampai KL. Memang depa kata betoi la, KL Kedah ni boleh jadi sebelah-sebelah. Esok malam kena mai KL balik. Kalau tak kerana program dan tanggungjawab memang tak larat juga nak ulang alik kerap-kerap.
Esok tanggal 14 Feb 2013. Tarikh yang tak asing lagi bagi mat-mat cintan dengan cikaronya. Valentine Day. Walau tidak mendapat restu syariah Islam tapi ia tetap disambut meriah. Tadi pun jumpa sorang mamat tengah khusyuk beli bear nak kasi buah hati sempena Valentine.
Adakah Islam menghalang untuk kita berkasih sayang? Kata Islam itu agama yang memupuk kasih. Ya benar, Islam memang agama memupuk kasih...