Tuesday, August 27, 2013

NAZAR

Oleh Azhar Ghazali (UAG)  FB : www.facebook.com/im.azharghazali Nazar Pengertian Nazar Nazar dari segi bahasa bermakna perjanjian yang baik atau yang buruk manakala dari segi syara' pula dikhususkan kepada perjanjian yang baik sahaja. Menurut istilah ulama fiqh, nazar bermaksud membuat iltizam untuk melakukan sesuatu kebajikan yang tidak wajib dari segi syara', samada dikaitkan dengan sesuatu ataupun tidak. Pertama : Dalil pensyariatan nazar dan wajib menunaikan berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. 1. Al-Quran : Firman Allah SWT yang bermaksud : "(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadaNya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab siksanya...

Monday, August 26, 2013

ZAKAT

Oleh Azhar Ghazali (UAG)  FB : www.facebook.com/im.azharghazali Zakat    Perkataan zakat (الزكاة) diambil daripada (زكا الشىء) yang bermaksud sesuatu itu bertambah dan subur. Begitu juga (زكا الزرع وزكت التجاره) yang bermaksud tanam-tanaman dan perniagaan subur (maju) dan bertambah. Zakat juga beerti bersih. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT : قد أفلح من زكاها Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). [asy-Syams ; 9] Berdasarkan ayat di atas, orang yang berjaya adalah orang yang membersihkan dirinya daripada segala akhlak yang buruk. Pengertian zakat menurut istilah syara' ialah kadar tertentu yang...

Tuesday, May 7, 2013

KALAH UNTUK MATANG (PRU 13)

Oleh Azhar Ghazali  FB : www.facebook.com/im.azharghazali  Kalah Untuk Matang    Alhamdulillah selesai sudah PRU 13 dengan menyaksikan pertambahan kerusi Parlimen di pihak Pakatan Rakyat. Parti Islam Semalaysia (Pas) telah menunjukkan prestasi yang baik dengan penguasaan di beberapa kerusi dun dan parlimen seluruh Malaysia. Meskipun begitu, sebagai anak Kedah tentu sukar bagi menerima kenyataan bahawa Kedah beralih tampuk pimpinan. Manifesto Pakatan Rakyat PRU13    Bukan sedih kerana hilang kuasa memerintah. Tapi sedih bila memikirkan agenda pembangunan pendidikan yang direncana oleh kerajaan Pas sebelum ini. Adakah akan diteruskan atau sebaliknya. Lazimnya tiada lagi perjalanan itu kerana lain driver...

Wednesday, February 13, 2013

TAK MINAT VALENTINE

Oleh Azhar Ghazali  FB : www.facebook.com/im.azharghazali Tak Minat Valentine Malam ini aku nak balik Kedah. Walhal baru pagi tadi sampai KL. Memang depa kata betoi la, KL Kedah ni boleh jadi sebelah-sebelah. Esok malam kena mai KL balik. Kalau tak kerana program dan tanggungjawab memang tak larat juga nak ulang alik kerap-kerap. Esok tanggal 14 Feb 2013. Tarikh yang tak asing lagi bagi mat-mat cintan dengan cikaronya. Valentine Day. Walau tidak mendapat restu syariah Islam tapi ia tetap disambut meriah. Tadi pun jumpa sorang mamat tengah khusyuk beli bear nak kasi buah hati sempena Valentine. Adakah Islam menghalang untuk kita berkasih sayang? Kata Islam itu agama yang memupuk kasih. Ya benar, Islam memang agama memupuk kasih...

Tuesday, January 15, 2013

HANYA 3 ILMU

Oleh Azhar Ghazali  FB : www.facebook.com/im.azharghazali Hanya Tiga Ilmu Dunia haqhi ni terkenal sebagai dunia tanpa sempadan. Semuanya dapat dicapai dengan mudah. Perhubungan dan maklumat di hujung cari. Sekali kelik setalam terhidang. Tiada yang mustahil. Manusia hidup mengejar kesenangan. Berlumba-lumba siapa lebih hebat. Siapa lebih gah. Dari peringkat atas sampai ke akar umbi. Dalam kerajaan pemimpin cakar-mencakar untuk dapat kuasa. Di sektor kerjaya, staf bodek-membodek untuk berpangkat. Peringkat masyakat pula, ketua saling jatuh-menjatuh untuk kekal. Hatta di masjid, ahli jawatankuasa buruk-memburuk untuk menang jawatan. Teghuih sampailah budaya haprak ini memecah benteng tempat paling mulia, dalam institusi pendidikan....

Sunday, January 13, 2013

SENYUMAN UNTUK KL

Oleh Azhar Ghazali FB : www.facebook.com/im.azharghazali Senyuman Untuk KL Assalamualaikum.. Apa habaq semua? Hope sihat dan kualiti ibadah pun semakin meningkat.. Memang lama sangat-sangat tak update blog. Bukan kata sibuk sangat pun, tapi memang ada ja gheja yang nak kena setle. Kadang-kadang tertanya juga, bila agaknya aku ada masa nak boleh lepak-lepak, huhak huhak, menulis, update etc. Semakin hari umuq kita semakin bertambah, aku pernah tengok ceqhita 8 jam lakonan Shaheizy Sam dengan Yana Samsudin. Bukan pada lakonan dalam ceqhita tu tapi skrip. Antara skrip yang membuatkan aku rasa ada point dalam ceqhita ni, mak sentap juga tu bila mana sam petik kata-kata Imam Ghazali "Perkara yang paling jauh adalah masa yang berlalu....

Friday, October 12, 2012

JPJ PASANG PENDIDIK LAGI 831

Oleh  Azhar Ghazali FB : www.facebook.com/im.azharghazali JPJ PASANG PENDIDIK LAGI 831 Saya baca tweet Berita Harian. JPJ akan pasang lagi 831 kamera AES di jalanraya. Tanya komen sepupu, dia kata "pasanglah dan letakkan had kelajuan 70 km/j." Saya tak pernah kena saman speedtrap ni sampai ribu-raban macam orang lain. Dan beberapa kali terlepas trap ni. Mungkin sebab amalkan beberapa tips mendesak ni : 1. Bawa kelajuan mengikut had yang ditetapkan terutama kawasan yang banyak flyover dan revider lebar. 2. Jika laju melebihi had, terus perlahankan kenderaan setiap kali sampai flyover atau divider yang lebar (terutama jalan Kepong-Sungai Buloh bagi yang duduk KL) 3. Kalau agak-agak tak sempat nak slow, segera beralih lorong,...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | ewa network review