Thursday, May 17, 2012

MENYEMAI CINTA

Oleh
Azhar Ghazali
FB : www.facebook.com/im.azharghazali


Menyemai Cinta


Antara tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan di bawah Arasy ialah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah. Mereka bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. Demikian sabda Rasulullah saw.

Perasaan cinta dan sayang itu suci kerana perasaan itu memang dikurniakan oleh Allah buat hambaNya. Maka jika ada yang mengatakan cinta itu jijik, merosakkan dan segala-galanya negatif maka adalah tidak benar. Hendaklah difahami, Islam bukan agama yang menghalang cinta, bahkan Islam agama yang menganjurkan cinta. Sampai ke tahap mewajibkan cinta. Sekali lagi, Islam tidak sekali-kali menghalang cinta tetapi Islam menunjuk cara bercinta yang sebenar dan indah.

Tak dinafikan, elemen cerita di TV menyumbang salah faham cinta -Gambar hiasan

Cinta itu tidak terbatas kepada kekasih semata-mata. Ibubapa kepada anak, guru kepada murid, begitu juga lelaki dan perempuan.

Tetapi sayang, perasaan yang suci ini disalahgunakan oleh manusia lalu berlakulah perbuatan maksiat, memuaskan nafsu yang dilarang oleh Allah. Jadi, cintanya kerana nafsu bukan kerana Allah.

Orang yang bercinta kerana Allah, akan dapat mengawal dirinya daripada melakukan perbuatan maksiat. Orang yang bercinta kerana Allah akan menjalinkan  hubungan persahabatannya untuk kebaikan dunia dan akhirat. Taraf cinta sebeginilah   yang diredhai Allah dan akan mendapat ganjaran pahala di akahirat nanti.

Selain itu, bercinta atas dasar kekayaan yang dimiliki oleh seseorang itu tidak akan bertahan lama kerana lebih mejurus kepada keuntungan  peribadi. Lumrahnya setiap kekayaan yang Allah anugerahkan itu tidak akan  bertahan lama.

Begitu juga halnya seseorang yang menyintai isterinya kerana mengikut perintah Allah dan si isteri mencintai suaminya kerana mengikut perintah Allah. Mereka saling mencintai kerana  mematuhi  hukum keluarga, saling melengkapi. Maka dua golongan begini turut termasuk dalam mencintai kerana Allah. Hubungan cinta yang wujud antara guru dan murid boleh dikaitkan dengan cinta kerana Allah. Guru cintakan muridnya kerana tuntutan Allah agar mengasihi anak muridnya dalam menyampaikan ilmu. Anak murid pula mencintai gurunya kerana perintah Allah agar mentaati gurunya.

Cinta guru dan murid adalah semulia-mulia cinta


Apatah lagi kalau anak murid menyintai gurunya kerana kebaikan dan jasa yang disumbangkan oleh gurunya itu. Maka ilmu yang disumbang sudah pasti ilmu Allah dan diredhai oleh Allah. Guru yang menyayangi anak muridnya sehingga sanggup mendidik mereka dengan  penuh kasih sayang sudah pasti mendapat redha Allah.

Begitu juga halnya orang yang dikurniakan rezeki lebih, lalu digunakan untuk bersedekah dan membantu orang yang kurang bernasib baik. Atas perasaan kasih sayangnya yang tulus itu telah mendorongnya mengorbankan sebahagiaan kekayaan  yang dimiliki untuk mendapat keredhaan Allah. Dengan cara  begini, dia bukan sahaja  mengeratkan hubungan dengan sesama manusia, juga dapat mendekatkan diri kepada Allah. Orang ini juga termasuk dalam golongan orang yang cinta kerana Allah.

Oleh sebab itu sebaik-baik manusia di sisi Allah ialah mereka yang menggunakan segala nikmat yang dikurniakan itu untuk kebaikan diri dan  untuk orang lain. Jika kelebihan ilmu yang dimiliki, maka ilmu itulah digunakan untuk mendidik diri dan masyarakatnya. Pendek kata semua yang dimiliki dapat dimanfaatkan kepada manusia lain, dikira sebagai cinta kepada manusia kerana Allah.

Kita yang berhak memilih sendiri, bercinta kerana Allah atau nafsu.

Semoga cinta umat Islam pada akhir zaman   ini menjurus kepada cinta kerana Allah. Biar di mana pun mereka berada, jika mereka takut untuk melakukan dosa dan maksiat, di situlah  nilai cinta kerana Allah.

Tidak lagi berlaku salah faham tentang maksud cinta dan cinta kerana Allah. Cinta adalah milik Islam. Ianya indah dan mengindahkan sesiapa sahaja yang memilikinya. Ia pasti menjadi penyebab untuk kita turut mendapat lindungan arasy Allah di Mahsyar kelak. Amin.

5 comments:

ZULAIKHA YUSUFI said...

bercintalah atas dasar taqwa.. moga kebahagiaan dimiliki..
cinta selepas pernikahan..~bercinta hingga ke syurga~

Asiyah Yusra said...

salam. entri yg baik, cuma saya nak kritik gmbar yang ada dlm entri nie.. saya rasa ada yg tak sesuai.. tq

lensaazhar.blogspot.com said...

Asiyah Yusra : benar, saja nak minta kritik.. :P

Pencaricahayaillahi said...

assalamualaikum..alhmdulillah entri yg sgt bagus dan bermanfaat..tapi.......gambar pula yg xsesuai dgn isi..

Unknown said...

bila IM mengusik~

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | ewa network review