Tuesday, January 15, 2013
HANYA 3 ILMU
Sunday, January 13, 2013
SENYUMAN UNTUK KL
Friday, October 12, 2012
JPJ PASANG PENDIDIK LAGI 831
JPJ PASANG PENDIDIK LAGI 831
Saya baca tweet Berita Harian. JPJ akan pasang lagi 831 kamera AES di jalanraya. Tanya komen sepupu, dia kata "pasanglah dan letakkan had kelajuan 70 km/j."
Saya tak pernah kena saman speedtrap ni sampai ribu-raban macam orang lain. Dan beberapa kali terlepas trap ni. Mungkin sebab amalkan beberapa tips mendesak ni :
1. Bawa kelajuan mengikut had yang ditetapkan terutama kawasan yang banyak flyover dan revider lebar.
2. Jika laju melebihi had, terus perlahankan kenderaan setiap kali sampai flyover atau divider yang lebar (terutama jalan Kepong-Sungai Buloh bagi yang duduk KL)
3. Kalau agak-agak tak sempat nak slow, segera beralih lorong, ambil yang paling kiri dan bila melepasi flyover, terus ke kanan semula.
4. Kalau tak nak buat 3 perkara di atas, pun boleh. Mudah saja. Lekatkan plastik buruk pada nombor plat. Lekatkan tu dengan cara selit saja, seolah-olah terlekat. (belakang atau depan, salah satu saja takut disyaki sengaja). Boleh juga lekatkan keduanya, tapi ikat ler tali panjang sikit. Agak-agak ada roadblocks, tarik ler kasik cabut.
5. Guna jer apa-apa cara yang sematlamat dengannya.
6. Tibai aja laju-laju, nanti cukup bulan bayar zakat.
Soalnya kenapa ada mende ni? Untuk memastikan keselamatan pengguna jalanraya? Untuk mengelakkan kemalangan? Untuk pandu perlahan dan patuh had laju? Dan mungkin satu projek khas untuk kutipan wang cara mudah. Apapun terserah pada yang merancang.
Bagi saya, denda atau saman ini adalah satu didikan. Didikan supaya pengguna sentiasa beringat, berhati-hati. Bila tak bawa laju, risiko kemalangan tu kurang la. Tapi bila dilihat balik, matlamat dan pelaksanaan tu seolah-olah tak selari. Macam hipotesis semakin banyak saman ekor, semakin banyak kemalangan.
Saman speedtrap tidak mendidik pemandu. Dan ada jurang ketidakadilan kat situ. Bila yang drive 88 km/j kena saman rm150 hingga rm300 kalau lambat bayar, atau kalau tak bayar juga roadtax tak dapat renew. Sedangkan yang bawa 140, 150, 160, 200, 250 km/j dan lebih kena saman pun sama juga dan ada yang lepas bila camera and man nye gagal tangkap.
Jadi di situ tak nampak pihak bertanggungjawab serius dalam nak setlekan isu ni. Bahkan kemarahan pengguna terus bangkit. Imej pemerintah juga buruk. Perspektif pada polis lagilah dipandang hina walaupun ada juga bapa-bapa saudara kita yang kerja polis. Ibarat 'klorox setitik, rosak kain batik setimba'.
Kajian menyeluruh perlu untuk pastikan didikan ini sempurna. Bukan hanya kaut duit. Kalau dilihat dari sudut realitinya. Orang sekarang kesempitan duit. Jadi kerjanya mula bertambah untuk pastikan hasil lumayan. Kesan desakan hidup memberi impak kepada cara memandu. Dan bila ada tindakan saman yang menampakkan paksaan kutip duit, pengguna akan terus tertekan. Seperti masalah ini tidak selesai.
Saya tak katakan sistem didikan jalanraya melalui speedtrap itu tak betul sepenuhnya. Tapi ianya perlu diperbaiki agar KESAKSAMAAN dan DIDIKAN itu ada.
Friday, September 21, 2012
LUKA AL-QURAN BELUM KERING, LUKA RASULULLAH PULA BERDARAH
Wednesday, September 19, 2012
USAH KENANG HARI MUDA YANG JAHAT
Usah Dikenang Hari Muda Yang Jahat
Nasihat Imam Ibnul Wardi :
"Jangan kau ingati hari mudamu yang penuh dengan babak-babak kejahilan, kerana hari-hari itu ibarat bintang yang tenggelam."
Keterangan : Jangan kau suka mengingati babak-babak kekurangan/ kesilapan dan segala tindakan yang kurang wajar engkau lakukan di masa mudamu. Biarlah hari-hari itu berlalu dan tak perlu diingati lagi, kerana mengingatinya akan menimbulkan rasa kejahilan dan kembali kepada alam kanak-kanak. Sebaliknya, hendaklah kamu merancang untuk masa depan yang lebih cemerlang dan teratur.
Siapa yang dapat lari dari melakukan kesilapan, kesalahan dan kekhilafan. Ada yang Allah pelihara, dia just buat dosa kecil, dan ada yang terlanjur melakukan dosa besar. Tidak ada apa yang dapat menyelamatkan seseorang itu tanpa 'taubat'. Tidak ada penyesalan maka tidak ada penyucian diri.
Dengan bertaubat, segala dosa yang lalu akan Allah ampunkan. Diri yang keji dan jijik kembali bersih di sisiNya. Namun ingatan ini tidak dapat menipu diri. Menutup dari apa yang pernah berlaku. Ingatan ini pasti sentiasa ingat lumpur hitam yang pernah terpalit di tubuh dan menutup hati. Terkadang dosa ngeri ini terus mematahkan semangat mukmin yang mula mekar. Racun dosa yang sangat berbisa ini mematikan jiwa yang mula basah dengan rahmat.
Aib ini memakan dan meratah jiwa yang tandus. Membaham tanpa kesian. Hanya air mata yang dapat menghentikannya. Walaupun ianya terpapar di lurah pipi namun ia mampu membuat diri ini merasa dekat denganNya.
Ya Allah, hanya engkaulah yang berhak menentukan syurga kami. Jangan kau putuskan tali rahmat yang menambat kami. Jauhkan kami dari najis jijik yang lalu. Kami memandang ke hadapan dengan harapan rahmatMu yang tidak pernah putus. Luas dan jauh terhampar buat pemburunya.
"Jangan kau ingati hari mudamu yang penuh dengan babak-babak kejahilan, kerana hari-hari itu ibarat bintang yang tenggelam."
Ya Rasulullah, kami merindui mu..
Siapa yang dapat lari dari melakukan kesilapan, kesalahan dan kekhilafan. Ada yang Allah pelihara, dia just buat dosa kecil, dan ada yang terlanjur melakukan dosa besar. Tidak ada apa yang dapat menyelamatkan seseorang itu tanpa 'taubat'. Tidak ada penyesalan maka tidak ada penyucian diri.
Dengan bertaubat, segala dosa yang lalu akan Allah ampunkan. Diri yang keji dan jijik kembali bersih di sisiNya. Namun ingatan ini tidak dapat menipu diri. Menutup dari apa yang pernah berlaku. Ingatan ini pasti sentiasa ingat lumpur hitam yang pernah terpalit di tubuh dan menutup hati. Terkadang dosa ngeri ini terus mematahkan semangat mukmin yang mula mekar. Racun dosa yang sangat berbisa ini mematikan jiwa yang mula basah dengan rahmat.
Aib ini memakan dan meratah jiwa yang tandus. Membaham tanpa kesian. Hanya air mata yang dapat menghentikannya. Walaupun ianya terpapar di lurah pipi namun ia mampu membuat diri ini merasa dekat denganNya.
Ya Allah, hanya engkaulah yang berhak menentukan syurga kami. Jangan kau putuskan tali rahmat yang menambat kami. Jauhkan kami dari najis jijik yang lalu. Kami memandang ke hadapan dengan harapan rahmatMu yang tidak pernah putus. Luas dan jauh terhampar buat pemburunya.
"Jangan kau ingati hari mudamu yang penuh dengan babak-babak kejahilan, kerana hari-hari itu ibarat bintang yang tenggelam."
Ya Rasulullah, kami merindui mu..
Friday, July 20, 2012
AKIDAH RAMADHAN
Oleh
لا تـَصِحُّ الـْعِبَادَةُ إِلا بَعْدَ مَعْرِفَةِ الـْمَعْبُودِ
Sunday, July 15, 2012
DOSA
Oleh
Azhar Ghazali
Dosa
Tinggal tak berapa hari
lagi kita akan sambut Ramadhan. Ibarat menyambut bulan yang jatuh ke riba. Satu
bulan yang sangat luar bisa berbanding bulan yang lain. Kelebihan yang ada
padanya tidak bisa kita gambarkan dengan akal yang sejengkal. Tidak bisa kita
lihat dengan mata yang lalai. Ulama selalu bagi nasihat, katanya dalam setahun
ada 12 bulan. 11 bulan darinya adalah racun manakala 1 bulan yakni bulan
Ramadhan adalah penawar kepada 11 bulan yang lain. Penawar dalam erti kata
menghilangkan penyakit dosa yang parah di jiwa kita.
Maka yang kita faham,
Ramadhan ni adalah bulan yang memang Allah nak bagi kepada kita sebagai
pengampun dosa. Soalnya untuk apa diampunkan dosa. Apa itu dosa dan teruk
sangat ke dosa sampai kita disuruh suci darinya. Kalau kita tengok kisah ulama
pula, ada yang sampai terkejut hingga mati bila disebut tentang dosa. Ada abid
yang tak pernah sepi malamnya dari meminta ampun dari Allah. Tiap-tiap malam
merayu, bertahajjud meminta maghfirah dan ada yang menangis hingga buta
matanya.
Dari situ kita faham
bahawa dosa memang satu perkara yang penting dan berat.
Dosa bermaksud; “Setiap
perkara yang menyalahi perintah Allah sama ada kerana meninggalkan apa yang
disuruhNya atau melakukan apa yang ditegahNya”. Dosa
kerana meninggalkan yang disuruh seperti dosa orang yang mengabaikan solat,
tidak berpuasa, tidak mengeluarkan zakat, tidak menutup aurat dan sebagainya.
Dosa kerana melakukan tegahan Allah seperti dosa berzina, minum arak, mencuri,
mengumpat, menipu dan sebagainya.
Dosa mengikut takrifan di atas merangkumi
semua jenis dosa sama dosa-dosa besar atau dosa-dosa kecil. Sebahagian ulamak
tidak bersetuju dengan pembahagian dosa kepada besar dan kecil. Antara mereka
ialah Abi Ishaq al-Isfaraini, Qadhi Abu Bakar al-Baqilani, Imam al-Haramaian
dan Abi Nashr al-Qusyairi. Bagi mereka semua dosa dan larangan Allah adalah
besar belaka sebagaimana Ibnu Abbas r.a. pernah berkata;
كُلُّ مَاْ نَهَى اللهُ عَنْهُ فَهُوَ كَبِيْرَةٌ
“Setiap
yang dilarang/ditegah Allah adalah besar”. (Riwayat Imam at-Thabrani)
Namun
mengikut pandangan majoriti ulamak, dosa terbahagi kepada dua iaitu dosa-dosa
besar dan dosa-dosa kecil. Pandangan majoriti ulamak inilah yang menepati al-Quran
dan hadis kerana Allah berfirman;
“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di
antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapuskan
kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat
yang mulia (surga)”. (An-Nisa’:31)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda;
اَلصَّلَوَاْتُ الْخَمْسُ وَ الْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَ رَمَضَاْنَ إِلَى رَمَضَاْنَ مُكَفِّرَاْتُ مَاْ بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَاْئِرُ
“Solat
lima waktu, solat jumaat hingga jumaat berikutnya dan ramadhan hingga ramadhan
berikutnya menjadi penebus dosa-dosa (kecil yang berlaku) di sela-sela waktu
tersebut selama dijauhi dosa-dosa besar”.
(Riwayat Imam Ahmad, Muslim dan
Tarmizi dari Abi Hurairah r.a.)
Ayat al-Quran dan hadis di atas jelas menunjukkan
kepada kita bahawa di sana ada dosa-dosa besar dan ada dosa-dosa kecil.
Apa
maksud dosa besar? Menurut Ibnu ‘Abbas r.a., dosa-dosa besar ialah; “Dosa-dosa
yang ditetapkan hukuman had ke atasnya di dunia dan diancam dengan azab di
akhirat atau diancam dengan laknat Allah dan kemurkaanNya”. Menurut Imam
al-Haramain pula, “Dosa besar ialah dosa yang menampakkan bahawa pelakunya
seorang yang kurang menjaga agamanya dan amat longgar pegangannya dengan agama
di mana dosa ini menghilangkan al-‘adalah (sifat adil) pada diri seseorang
(yakni orang yang melakukannya akan dianggap sebagai fasiq)”.
Apa yang lebih
mudah ialah kita menilai dosa-dosa besar berdasarkan tanda-tandanya. Menurut
Imam Ibnu Solah; “Tanda-tanda dosa besar antaranya ialah;
1.Diwajibkan
hukuman hudud ke atasnya seperti dosa berzina, minum arak, qazaf, mencuri dan
sebagainya.
2.Di ancam ke atasnya dengan azab neraka atau sebagainya di dalam
al-Quran atau as-Sunnah seperti dosa menyelewengkan harta anak yatim (rujuk
surah an-Nisa’, ayat 10), dosa lari dari medan peperangan (rujuk; surah
al-Anfal, ayat 16), tidak mengeluarkan zakat, tidak menunaikan solat,
mengumpat, mengadu domba dan sebagainya.
3.Disifatkan orang-orang yang
melakukannya sebagai fasiq.
4.Dilaknat orang-orang yang melakukannya seperti
dosa makan riba, dosa rasuah, dosa lelaki yang meniru gaya perempuan atau
sebaliknya dan sebagainya.
Adapun dosa-dosa kecil, ia adalah dosa-dosa di
bawah tahap atau batasan dosa-dosa besar tadi. Contoh dosa kecil ialah; melihat
kepada bukan mahram, suka berbalah atau bertengkar, kencing atau berak dengan
mengadap ke arah kiblat atau membelakanginya, bercakap di dalam masjid dengan
perkara-perkara dunia semata-mata dan sebagainya.
Namun harus diingat bahawa
walaupun dinamakan dosa kecil, tetapi ia bukanlah perkara yang boleh dipandang
mudah atau remeh kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;
إِيَّاْكُمْ وَ مُحَقَّرَاتِ الذُّنُوْبِ فَإِنَّهُنَّ يَجْتَمِعْنَ عَلَى الرَّجُلِ حَتَّى يُهْلِكْنَهُ
“Awasilah
kamu sekelian dari dosa-dosa yang kecil/remeh. Sesungguhnya ia akan berkumpul
pada diri seseorang sehingga akan memusnahkannya (dengan menjatuhkannya ke
dalam dosa besar)”.
(Riwayat Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Baihaqi dari
Abdullah bin Mas’ud r.a.)
Malah
dosa kecil dalam keadaan-keadaan tertentu akan berpindah menjadi dosa besar.
Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin telah menjelaskan enam sebab
suatu dosa kecil akan berubah menjadi dosa besar, iaitu;
1.Berterus-terusan
melakukannnya
2.Memandang remeh terhadap dosa yang dilakukan
3.Gembira, bangga
dan seronok apabila dapat melakukan dosa sehingga ia merasakan bahawa ia dapat
melakukan dosa itu merupakan suatu nikmat. Ia lupa bahawa dosa adalah penyebab
kepada kecelakaan.
4.Memandang remeh apabila Allah menutup dosanya dan
menangguhkan pembalasan terhadapnya.
5.Melakukan dosa dan kemudian
menyebut-nyebutnya di hadapan orang lain, atau melakukan dosa
berterang-terangan di hadapan orang lain tanpa rasa malu sedikitpun.
6.Orang
yang melakukan dosa kecil itu adalah orang alim.
between the suction :-
ilmudanulama.blogspot.com







